SHALIMAR YUSOF

Blog ini dibangunkan untuk catatan peribadi dan perkongsian info bersama pembaca semoga mendapat manfaat

Monday, February 04, 2019

12 Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33

12 Senarai Lagu Anugerah Juara Lagu Ke 33 Dan Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Baru sahaja berakhir Anugerah Juara Lagu Ke 33 dan telah diketahui apakah lagu terbaik pada musim ini. Bagaimana pendapat korang? Setuju atau tidak dengan pilihan juri kali ini. Bagi Sha sendiri tidak tahu dari segi apakah penilaian yang dibuat maklumlah bukan orang seni dan tak pernah belajar seni lebih-lebih lagi nyanyian dan lagu. Acara red carpet telah dimeriahkan oleh Shuk dan Kaka Azraf manakala pengacara yang bertanggungjawab menyempurnakan Anugerah Juara Lagu (AJL) kali ini adalah Sherry Al Hadad & Alif Satar. Persembahan pembukaan adalah daripada kumpulan Search.


Gabungan yang serasi mungkin kerana sudah biasa digandingkan mengacara bersama.

Senarai Lagu Akhir Anugerah Juara Lagu Ke 33


Syamel - Kau Pun Sama

Persembahan Syamel pada malam ini adalah persembahan pilihan Sha secara peribadi. Memang terbaik..

Ara Johari - Bunga

Wow! Akhir persembahan Ara dipenuhi kelopak bunga mawar.

Siti Sarah - Semakin

Tiada perbezaan versi asal pada Sha.

Hael Husaini & Dayang Nurfaizah - Haram

Gabungan juara bersama juara sememangnya power! Permulaan persembahan dihadiri dengan kilat dan disudahi dengan hujan, bayangkan hujan diatas pentas.

Misha Omar- Sampai Bila

Seperti biasa vokal Misha Omar memamg power. Lagu ini popular menerusi Drama popular Jangan Benci Cintaku lakonan Saharul Ridzwan, Zahirah Mcwilson dan Niena Baharun.

 Khai Bahar - Luluh

Lagu pertama yang bertanding malam ini iaitu luluh. Sepenuhnya ciptaan Khair Bahar sendiri.

De Fam - Bunga

Persembahan daripada De Fam memang tak dapat disangkal lagi. Menggantikan Altimet menyanyikan lagu ini pada asalnya. Tradisional + hip hop.


Amylea X Kaer - Tak Pernah Hilang

Lagu popular menerusi drama popular "Nur"

Haqiem Rusli ft Amanra - Jatuh Bangun

Persembahan tema hitam kuning.
 
 Hael Husaini - Hajat

Persembahan dimeriahkan oleh ramai penari wanita dan persembahan khas suara soprano daripada Datuk Syafinaz Selamat.

Sufian Suhaimi - Di Matamu

Mendapat tepukan gemuruh dan ramai yang mengeluarkan air mata sepanjang persembahan Sufian Suhaimi. Gimik bersanding seorang diri juga mengakhiri persembahan.

Siti Nordiana & Jaclyn Victor - Nisan Cinta

Tidak banyak susunan baru untuk lagu ini. Antara lagu best yang Sha suka, lagu ini juga lagu OST Drama Aurora lakonan Nabila Huda dan Ungku Ismail.

Pemenang Anugerah Juara Lagu Ke 33


Lagu Terbaik - Rm 50,000 + Trofi - Hael Husaini & Dayang Nurfaizah

Kedua Terbaik - Rm 35,000 + Trofi - Ara Johari

Ketiga Terbaik - Rm 20,000 + Trofi - Misha Omar

Vokal Terbaik - Rm 12,000 + Trofi - Misha Omar

Persembahan Terbaik - Rm 12,000 + Telefon Bimbit Samsung A9 + Trofi - Sufian Suhaimi



Sekian Anugerah Juara Lagu Ke 33. Tahniah kepada pemenang dan semua finalis.


11 comments:

  1. Semua finalis best-best kan. Tahniah la kepada pemenang. Moga depa derma sikit 50k tu kat Zumal

    ReplyDelete
  2. yayy baby pian menang😂😂😂😂😂

    ReplyDelete
  3. tak dapat tengok semalam, takde elektrik. haha. mujur sha ada update pemenang. Tahu siapa pemenang pon da ok. haha

    ReplyDelete
  4. yaya lupa nak tengok. nanti cari kat youtube lah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. aah..skrg xtgk live..senang dh tgk kt utube je kan..smlm pon sha tgk dlm utube live..

      Delete
  5. FInalis semua best2 tapi yang menang tempat ke 2 tu x best..hehehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi