Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Cepat

Resepi Bihun Sup Mudah Dan Ringkas | Assalamualaikum semua. Saat ada ipar duai nak datang rumah memang Sha kekok sikit sebab sejenis tak pandai masak kan. Jadi Sha masak ringkas-ringkas sahajalah iaitu Bihun Sup paling mudah dan cepat dimasak. Sha masak pun masa diaorang dah sampai rumah dengan menggunakan bahan-bahan apa yang ada kat rumah sahaja. Tapi bila tengok diaorang makan elok sahaja kira ok la kan? Hehehe..nak buat macam mana dapat adik ipar tak mahir didapur sangat, itulah dah kahwin baru nak belajar memasakkan itulah padahnya. Jadi adik-adik yang nak kahwin tu belajar la masak awal-awal dengan mak korang yea.


Resepi Bihun Sup Mudah Dan Ringkas

1 bungkus bihun (dicelur)
Isi ayam + Daging
2 biji Telur [ Kadang Sha ikut berapa orang makan kalau setakat makan 4 orang ]
Bawang merah* 5 ulas
Bawang Putih* 3 ulas
Halia* 1 cm
Lada Hitam* 1 sudu
Sup bunjut
Sayur sawi
Bawang Goreng
Limau Nipis

Cara-cara memasak Bihun Sup

Bihun dicelur sementara sehingga lembut, kemudian tapi dan ketepikan.
Bahan bertanda * dikisar.
Di dalam periuk masukkan 2 sudu besar minyak masak, tumis set sup punjut kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi.
Agak masak, masukkan isi ayam, daging yang telah dipotong kecil. Tumis hingga masak, kemudian masukkan air secukupnya.
Biarkan mendidih, pecahkan telur sebiji demi sebiji jangan pecah.
Akhir sekali masukkan sawi. Tutup api.
Kebiasaan bagi Sha jika makan bihun sup atau apa-apa sup memang akan sediakan bawang goreng dan sambal kicap kerana bihun sup yang pedas adalah bihun sup yang terbaik.

Resepi Sambal Kicap

Sos Tiram
Kicap
Cili burung
Cili hijau

Apalagi bila dah siap masak angkat dengan periuk sekali ke depan, makan ramai-ramai depan tv. Masukkan bihun yang telah dicelur, tuang sup dan hiasi dengan bawang goreng juga rasakan dengan sambal kicap. Fuhhh... makan pedas-pedas memang pecah peluh lagi rasa nak menambah. kenapa Sha letak ayam, letak daging? Sha kalau buat sup memang suka rasa-rasa daging walaupun tak banyak kan. Apa yang penting malam itu perut kami kenyang sangat dengan makan bihun sup cepat dan mudah ini.

Post a Comment

9 Comments

  1. Dia orang kata sedap adik ipar masak bee hon sop tu

    ReplyDelete
  2. ni pun dh sedap ni... akak klu sup2 simple je pun dh suka...
    kalau sup yg pekat2 akak tak minat sgt, lagi2 sup yg berempah2 sgt...
    sup kt kedai mamak tu selalu bt sakit perut

    ReplyDelete
  3. duk lapar bihun sup jugak tapi takdapat dapat lagi

    ReplyDelete
  4. Sha, time kak ana sampai sini tengah hujan lebat ni, Sha jamu mata pula dengan mihun sup..al kelaparan hakak awak terus :)

    ReplyDelete
  5. Sedapnya bihun sup..Murni memang penggemar bihun sup..tapi selalunya beli jer..nak masak anak2 & suami x berapa gemar

    ReplyDelete
  6. sangat menyelerakan...terima ksih dengan perkongsian resepi ... lepas ni nak buat sendri pla..

    ReplyDelete
  7. bihun sup simple tu hok sedap hihihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi