TAMAN PERMAINAN DI IPOH - BLUE BLUE PLAYLAND DAN TRAMPOLINE PARK PERTAMA DI IPOH - SHALIMAR YUSOF


Friday, September 07, 2018

TAMAN PERMAINAN DI IPOH - BLUE BLUE PLAYLAND DAN TRAMPOLINE PARK PERTAMA DI IPOH

TAMAN PERMAINAN DI IPOH - BLUE BLUE PLAYLAND DAN TRAMPOLINE PARK PERTAMA DI IPOH  | Assalamualaikum semua. Seronok sangat bila dapat melayan kerenah anak-anak bila hujung minggu. Semasa permulaan cuti sekolah bulan ogos yang lepas Sha sempat ajak suami dan anak-anak meluangkan masa di Blue-blue Playland Ipoh sebelum kami bergerak balik cuti di kampung sempena Hari Raya Korban 2018. Memandangkan anak Sha dah berumur 3 tahun dan 6 tahun jadi boleh sangat masuk taman permainan macam ini. Paling best kat sini juga ada Trampoline Park, bila sebut trampoline suami Sha pulak yang seronok lebih daripada anak-anak..ahhahaa.

Blue  Blue Playland dan Trampoline park ini terletak di bangunan Master Badminton Club (MBC) Gunung Rapat, Ipoh. Walaupun tinggal tidak jauh daripada sini tapi ini adalah kali pertama Sha bawa anak-anak laungkan masa dekat sini. Nak ke sini pun Sha pakai maps sebab tak tahu mana satu bangunan kerana ia disebalik bangunan lain.


Sha dan Abang Zaryth beratur untuk dapatkan tiket gelang tangan.


Sebelum masuk main pihak Blue blue Playland akan periksa suhu badan anak-anak untuk memastikan anak-anak kita sihat sebelum menikmati keseronokan mereka.

CENDERAMATA

Antara cenderamata yang korang boleh dapatkan di Blue Blue Playland.

Koleksi Lee Chong Wei

BILIK IBU & BAYI

Bila datang sini bawa anak kecil korang tak perlu risau dah sebab ada bilik khas untuk ibu-ibu dan juga anak kecil untuk menyusu dan tukar lampin.

Dalam bilik bayi pun ada sanitizer untuk memastikan kebersihan lebih terjamin.

GELANGGANG FUTSAL / MASTER KICK

Kebetulan masa Sha pergi budak-budak tajaan Milo sedang bersiap sedia untuk memulakan latihan futsal. Korang kalau ada yang nak sewa gelanggang futsal bolehlah cuba sewa di sini. gelanggang futsal ini berada di tingkat 3 bangunan MBC

AKADEMI BADMINTON LEE CHONG WEI

Sebelum layan anak-anak di Blue Blue Playland kami pusing dulu bahagian apa yang ada di bangunan MBC ini. Kami ke Akademi Badminton di Tingkat 3 juga sedikit teruja kerana kita boleh mohon untuk sertai kelas badminton dengan menggunakan mudul daripada Lee Chong Wei sendiri. Selain gelanggang di situ juga terdapat kedai barangan Lee Chong Wei iaitu kelangkapan bermain badminton seperti raket, baju, kasut dan lain-lain.



BLUE BLUE PLAYLAND IPOH, PERAK.


Ok dah habis pusing tiba masanya bawa Adik Nur dan Abang Zaryth main. Kawasannya luas dengan 21000 kaki persegi keluasannya sangat selesa juga selamat untuk anak-anak main. Adik Nur pun berani panjat dan main gelongsor kat sini tapi Ibu pun main sekali..ahhahaha. Abang Zaryth pun asyik duk tanya bila nak pergi sana lagi, seronok la tu walaupun pada mulanya Abang Zaryth tak berapa nak terlibat dengan aktiviti pada hari itu. Sesuai untuk aktiviti keluarga dan anak berumur 0 hingga 15 tahun.


TRAMPOLINE PARK IPOH PERAK.

 

Bersebelahan dengan Blue Blue Playland hanya dibenarkan untuk kanak-kanak berumur 7 tahun dan ke atas sahaja ini adalah untuk keselamatan anak-anak jadi Adik Nur dan Abang Zaryth mampu tengok sahajalah abang dan kakak-kakak main lompat-lompat kat dalam kawasan trampoline tu. Trampoline Park atau dikenali sebagai master Jump menyediakan hiburan seperti palang bola keranjang, kolam bola lembut, dan dinding pendakian. Di sini amat selesa walaupun tak ada penyaman udara tapi mereka menyediakan kipas langit-langit yang besar dan pengudaraan juga bersih. Seronok tengok budak-budak lompat sampai tergolek tapi tetap bersemangat. Untuk masuk ke Trampoline Park kita perlu pakai stokin khas demi keselamatan yang boleh didapati di kaunter. Kalau nak lompat sambil pusing-pusing tu korang leh cuba dapatkan jurulatih profesional yang ada kat situ untuk latihan.

EVENT HALL

Kalau korang ingin adakan apa-apa majlis seperti sambutan hari lahir anak-anak memang sangat sesuai kerana dengan satu tempat korang dah boleh adakan majlis bersama keluarga. Dalam satu kawasan terdapat bahagian untuk adakan majlis bersebelahan dengan Blue Blue Playland dan Trampoline Park jadi senang nak pantau anak-anak.

 


Menarik bukan? korang kalau nak ke Blue Blue Playland boleh intai-intai media sosial mereka untuk tahu pakej promosi yang diaorang tawarkan.

Master Badminton Club (MBC)
No 2 Arena Gunung Rapat, Jalan Gunung Rapat
Gunung Rapat, 31350 Ipoh, Perak.

No.telefon : +05 312 6866
Email : enquiry@mbcfunclub.com.my

Instagram : @blueblue_playland
Facebook : BluebluePlayland By The Master Badminton Club

 HARGA MASUK

5 comments:

  1. baru kak ana tahu tentang lokasi ni, Alhamdulillah bagus menitik beratkan penjagaan kesihatan kanak-kanak di sini :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi