Hot Posts

6/recent/ticker-posts

THROWBACK SEMPENA ULANG TAHUN BERKHIDMAT KE-10 TAHUN

THROWBACK SEMPENA ULANG TAHUN BERKHIDMAT KE-10 TAHUN | Selepas tamat STPM Sha menyambung pelajaran di Universiti Malaysia Sarawak tapi tak sempat separuh jalan Sha patah balik...ehehehe..mengada sangatkan. Balik kampung tolong mak jalankan perniagaan di kantin sekolah sambil tu Sha isi borang SPA8 dan dalam banyak-banyak kerja dan temuduga jawatan sekarang inilah yang sangkut. Antara jabatan yang pernah Sha hadir temuduga adalah JPJ, Kastam, Pembangunan Masyarakat dan TLDM dan antara sebab tak berjaya adalah kerana berat badan underweight dan umur terlalu muda.. nak sangat cepat kerja kan. Kalau sekarang mungkin sebab overweight..ahahahaha..

14 Ogos 2008 adalah tarikh Sha melapor diri yang ketika itu diadakan di Kuala Terengganu, masa temuduga pun di Kuala Terengganu juga. Tarikh itu adalah merupakan pengambilan paling ramai kakitangan baru dan kebanyakkannya muda-mudi belum berkahwin, paling muda di pejabat Sha ketika itu berumur 19 tahun dan Sha sendiri masa itu berumur 21 tahun. Alhamdulillah hari ini 14 Ogos 2018 kami sama-sama mengingati tahun ke-10 kami berkhidmat dan banyak kenangan dan pengalaman di lalui masing-masing. Jom tengok antara gambar zaman Sha berumur 20-an :

 Rakan pejabat perempuan pertama Sha, 1 intake. 2 orang termasuk Sha telah bertukar tempat kerja.

 Bersama Nana kawan baik Sha semasa menyambut ulang tahun kerja tahun ke-2 yang diadakan di Food Village, Kota Bharu.

 Zaman muda-mudi sangat rupa.ahahaha

 Makan Chim Chum

 Sis Yana.

 Tak tahulah gaya apa Sha buat. Tahun ke-2 kerja maksudnya gambar masa umur 22 tahun..ekekeke

 Masa kursus penguatkuasa 2011 umur 24 tahun, darah manis masa ni..tunggu hari bahagia bersama En.Suami...kih3..

 Rindunya pejabat lama. Tempat asal jauh lagi dikenang..ehhhh...betul ke ayat ni.



Alangkah seronoknya kalau dapat meraikan bersama rakan-rakan lama seperti dulu. Ketika ini semuanya bujang-bujang, sekarang ini ramai sudah berkeluarga macam Sha sendiri sudah berhijrah memang tak sama macam dulu susah juga nak set up makan-makan macam ni sekarang.

Ucapan kepada rakan-rakan seperjuangan, semoga pekerjaan kita ini diberkati selalu walaupun tidaklah dipandang tinggi ianya telah menjadi punca rezeki kita sekeluarga selama 10 tahun. Banyak susah senang dan cabaran telah kita lalui, sudah banyak ragam manusia dari bawah hingga atasan kita telah temui. Semoga 10 tahun ini telah banyak mematangkan kita dalam pekerjaan.

Post a Comment

14 Comments

  1. Replies
    1. ada laa terselit sikit2..dulu xde hp canggih2..gmbr tak berapa cantik..

      Delete
  2. Oo..tahun masuk kerja kita samalah. Beza bulan je

    ReplyDelete
    Replies
    1. Cik Tie bulan berapa..huhuh..1 dekad dah kita kerja

      Delete
  3. bestnya muda2 dah dapat kerja..:)

    ReplyDelete
  4. ow, kak sha pun dapat unimas yer..timm pun nyaris putus asa nak balik umah sebab jauh..hihi..

    ReplyDelete
  5. rezeki kerja awal.. alhamdulilah masih dberi peluang untuk berkhimat lagi...

    ReplyDelete
  6. Lama dah tu 10 tahun berkhidmat, comel sangat cikma zaman remaja dulu kala. Boleh bayangkan nanti mek comel junior cikma tu mesti macam cikma sebiji 🤭😍

    ReplyDelete
  7. wahh ada kenangan tu gambar-gambar tu.nanti photobook ye kak

    ReplyDelete
  8. Untung betul dapat kerja awal. Alhamdulillah.. Bila throwback balik ni rasa kejap je masa berlalukan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi