FLOWER CHIMP - ZAHIRKAN KASIH SAYANG DENGAN JAMBANGAN BUNGA SEGAR - SHALIMAR YUSOF


Tuesday, August 21, 2018

FLOWER CHIMP - ZAHIRKAN KASIH SAYANG DENGAN JAMBANGAN BUNGA SEGAR

FLOWER CHIMP : ZAHIRKAN KASIH SAYANG DENGAN JAMBANGAN BUNGA SEGAR | Assalamualaikum semua. Hari ini Sha nak beranganlah sekejap sebab dapat tengok jambangan bunga yang cantik-cantik di satu website ni maklumlah tak pernah merasa lagi dapat bunga.hihihi. Betapa manisnya kalau sesekali pasangan atau kesayangan kita mahupun kita sendiri membuat sesuatu yang lain daripada yang lain sama ada di hari-hari istimewa atau hanya untuk memberi kejutan. Pernahlah dulu di awal-awal perkahwinan Sha buat kejutan jambangan bunga ke pejabat encik suami..hihihi...peluh-peluh juga dia risau takut ada peminat misteri yang bagi kan..huhuhu.. itu pun sempena hari lahir encik suami. Biasanya Sha tengok dalam drama-drama jela hero bagi bunga pada heroin kalau heroin merajuk atau pun hero dalam proses menyunting hati si heroin ..haa gituu..


Bunga bukan sahaja menunjukkan kasih sayang tapi juga menunjukkan penghargaan dan meraikan sesuatu yang istimewa. Korang juga perlu sesuaikan dengan majlis apa yang korang ingin raikan jangan sampai tertukar tempah bunga untuk pembukaan kedai pula untuk meraikan hari lahir kesayangan nanti lain pula ceritanya. Jadi korang perlu tahu tujuan dan maksud memberi bunga seperti untuk meraikan hari lahir, mewujudkan suasana romantik, majlis pengkebumian, ulang tahun, pembukaan perniagaan, melawat orang sakit, majlis graduasi dan tanda terima kasih. Tapi itu korang tak perlu fikir FLOWER CHIMP dah sediakan , korang tinggal pilih sahaja mana yang sesuai dan berkenan.

 

Kadang-kadang kita tidak lari daripada sifat terlupa padahal hari sebelum kejadian ingat sangat tapi bila hari sepatutnya ada sahaja hal yang boleh menyebabkan kita terlupa. Korang jangan risau kalau tak sempat membuat persediaan, korang boleh ke laman web FLOWER CHIMP untuk membuat tempahan bunga sebagai penghibur hati tersayang, semoga pasangan kita sejuk hatinya dan senyum bahagia di hari penting mereka. Korang juga perlu tahu penghantaran adalah pada hari yang sama untuk tempahan SEBELUM PUKUL 1 PETANG dan meliputi seluruh Malaysia termasuk Sabah & Sarawak tau. Apa lagi, sudah ada idea untuk kejutan buat tersayang?

 BUNGA SEGAR, SEJUK MATA MEMANDANG, HATI DIULIT KASIH SAYANG


 

Walaupun bunga segar tidak boleh bertahan lama, tetapi nilai sentimental tanda ingatan menggunakan jambangan bunga segar amat manis untuk dikenang. Walaupun tidak semua orang menyukai bunga, tetapi tidak salah kita mewarnai perhubungan atas dasar cinta sesama insan ini dengan haruman bunga segar dengan harapan bertambahlah juga cinta kasih sayang dihati masing-masing yang perlu dibajai.

 

Korang jangan tak tahu bila musim graduasi universiti-universiti di kawasan tempat Sha kerja kadang-kadang teringin juga  nak beli satu jambangan tapi kalau dah untuk konvo memang sesuai untuk orang konvo jelaa dekorasinya..huhuhu.. geram sebab cantik dan sweet!


DISEBALIK FLOWER CHIMP



Ya! Mereka bukanlah insan bergelar wanita tetapi 2 orang jejaka Jerman iaitu Maximilian Lotz dan Niklas Frassa. Mereka tahu tidak semua orang pandai menyatakan apa yang tersemat di hati termasuklah Sha sendiri, elok sangat pasukan Flower Chimp terus meningkatkan perkhidmatan dan menawarkan lebih banyak variasi bunga ke pasaran sekali gus membantu ramai orang menzahirkan rasa dihati. Hebat bukan idea mereka berdua ni hinggakan mereka sedang meluaskan perkhidmatan ini ke negara-negara Asia lain yang mana pada masa ini beroperasi di Malaysia, Indonesia dan Filipina.

Macam mana? Korang tak perlulah fikir kesayangan korang suka atau tidak sebab apa tidak ada manusia yang boleh menafikan keindahan alam floral, silap hari bulan pasangan korang boleh jatuh cinta lagi kat korang tau! Yang sakit pun sekurang-kurangnya terubat jiwa dan kembali senyum. Jom semai kasih sayang, sifat ambil berat dan tunjukkan penghargaan korang bersama Flower Chimp.

Untuk tempahan senang sahaja korang boleh layari laman web FLOWER CHIMP dan luangkan masa untuk mencari inspirasi dengan pilihan yang ada di FACEBOOK FLOWER CHIMP dan INSTAGRAM FLOWER CHIMP. #sayitwithflowers

2 comments:

  1. jalan-jalan sini hehe

    https://messarah.blogspot.com/2018/08/movie-review-game-night-uninvited-crush.html

    ReplyDelete
  2. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi