Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SIAPA BERANI BAHAN AKU NIHHH

SIAPA BERANI BAHAN AKU NIHHH.... | Semalam duk whatapps dengan adik Sha si Tina tuh, tetiba dia hantar 2 keping gambar. Sempat lagi si bongsu ambil gambar majalah sekolah zaman Sha Tingkatan 6 dulu, kakak dia ni pun dah hampir lupa pasal majalah tu. Adik-adik Sha memang suka bahankan kakak dia nih kalau dapat point..ahahaha.. kalau ada arwah ayah kami lagi seronok diaorang korek cerita Sha zaman kecik-kecik dulu lepas tu tak puas hati kalau tahu kakak dia baik...ekekke


Serius Sha pun tak ingat gambar ni tahun bila, rasanya ini gambar lama bukan gambar masa Tingkatan 6 kira bagi gambar stok sedia ada la ni. Ini antara rakan sekelas Sha dulu, yang belah atas Puan Nora Yusof sekarang telah menjadi penulis yang dikenali dengan bukunya iaitu Buku Formula Tarik Rezeki (FTR) dan yang bawah pun masih rapat berhubung kerana Sha sedang menjalani diet dengan bimbingan dan nasihat beliau.


Setiap majalah sekolah pastinya akan ada ruangan nukilan daripada pelajar-pelajar dan ada di kalangan rakan sekelas telah menghantar nukilannya, tapi tak pasti siapa tapi yang berseni dalam kelas dulu tahulah mungkin dialah kot!

Ini bukan setakat adik Sha yang gelak, tunjuk pada suami pun Sha kena gelak. Nak buat macam mana gigi bini dia ni besar-besar lepas tu memang kaki sengeh, kaki gelak semua ada lah. Yang dikata tinggi lampai tu kawan baik Sha juga, ahahha.. Iera memang tinggu pun..

Walau apapun terima kasih kepada tuan punya nukilan ni. Kenangan zaman sekolah adalah zaman paling manis untuk dikenang. Betul tak? Korang masih simpan tak majalah sekolah korang? Sha simpan, tapi sejak kahwin tinggal bilik banyak buku rosak diserang anai-anai jadi banyak kenangan tidak tercatat.

Post a Comment

11 Comments

  1. Majalah sekolah tahfiz kemana dah. Tapiii memang kelakar bila ingat balik kenangan tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alahaii typing error la pula. Tah kemana jadi *tahfiz pula. Maaf ye

      Delete
  2. hahaha ni rasa nak cari balik majalah sekolah nii :D

    ReplyDelete
  3. kelakar lah sha ni xD echa tak ingat lagi dah mana majalah sekolah echa. tengok gmbr dlm tu pun mmg gelak jugak rasanyaa

    ReplyDelete
  4. hehe.kelakar kan bila teringat balik kenangan zaman sekolah :)

    ReplyDelete
  5. hahahaha kelakar bila baca balik majalah sekolah

    ReplyDelete
  6. hahahah... majalaj sekolah masih ada tersimpan lagi...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi