Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TIPS BALIK KAMPUNG BERAYA


TIPS BALIK KAMPUNG BERAYA | Tahun ini giliran korang beraya di mana yea?Bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti akan ada sistem balik kampung sendiri sama ada bergilir balik kampung mana setiap tahun. Macam Sha setiap kali raya wajib balik kedua-dua belah pihak yang bezanya ada giliran kampung siapa terlebih dahulu, untuk tahun ini giliran Sha beraya di kampung suami terlebih dahulu di Perak dan hari raya ketiga barulah akan pulang ke kampung Sha di Terengganu. Alhamdulillah rezeki Sha mengikut resam adik-beradik belah suami yang telah berkahwin dahulu ada sistem macam ni jadi dapat berhari raya dengan kedua belah pihak sebab setahu Sha ada yang keluarga yang sistem balik rayanya lain.

Dalam bergembira membuat persiapan balik kampung jangan pula dilupakan keselamatan sepanjang peninggalan kita supaya dapat mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diingini. Apakah yang kita perlu buat sebelum pulang ke kampung?

SENARAI SEMAK SEBELUM BALIK KAMPUNG

1. Matikan suis elektrik di rumah. Periksa semua peralatan elektrik di setiap ruang rumah. Pastikan suisnya sudah dimatikan dan plug dicabut dari soket bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kebakaran sekali gus mengajar diri berjimat cermat.

2. Tutup kepala tong gas. Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku.

3. Simpan barang berharga dengan baik. barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat. Kunci pendua seperti kunci rumah dan kunci kereta disimpan si tempat yang selamat.

4. Pastikan rumah berkunci. Periksa kunci di pintu rumah depan belakang, pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika kawasan rumah anda mempunyai pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, pastikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.

5. Jika anda mahukan keselamatan rumah lebih baik, pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu cerah. Korang juga boleh dapatkan timer untuk lampu biasa.

6. Bersihkan rumah dari sampah. Sebelum balik kampung musim raya, buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Jika tidak serangga seperti semut,lipas dan lalat akan bermaharajalela di rumah anda.

7. Servis kenderaan. Ini adalah wajib sama ada perjalanan dekat atau jauh. Periksa keadaan enjin kenderaan, gas penyaman udara, dan lampu berfungsi dengan baik. Periksa air dan paras minyak hitam enjin kereta

8. Pakaian untuk bercuti. Balik kampung jangan lupa bawa pakaian yang sesuai terutamanya baju raya nanti. Haru kalau raya lupa bawa balik baju baru beli tuu. Bekalan pakaian harian pun perlu cukup tambah pula baju anak-anak.
  
9. Beg dikemas dengan sistematik supaya dapat menjimatkan ruang beg dan tak perlu bawa barang dengan banyak. Suami Sha kurang berminat masukkan baju dalam bagasi lebih kerap kemas dalam backpack setiap orang.

10. Kalau ada bajet duit raya tu sediakan siap siap sampul raya yang diisi dengan duit raya untuk diberi kepada anak anak dan juga sanak saudara. Dah siap isi jangan lupa letak sekali dengan beg pakaian atau dalam beg tangan yang wajib bawak hari-hari tu..InsyaAllah takkan lupa.

11. Kad touch n go,Smart Tag, tisu, Powerbank, Charger telefon, handsfree kit dan kelengkapan peribadi lain pastikan ada dan berisi.

12. Sebelum meninggalkan rumah , inform kepada Rakan Cop atau Ketua Komuniti dan memaklumkan juga kepada jiran-jiran terdekat mengenai kepulangan anda ke kampung halaman.


JOM BALIK RAYA DENGAN SENANG HATI!

Post a Comment

3 Comments

  1. nice share sha, akak pun sistem penggiliran sama mcm sha... thn ni giliran umah mertua dulu kt kerteh raya ke3 baru balik johor...

    ReplyDelete
  2. Tak merasa lagi sistem mcm tu..hehe..gas tu pling bahaya..seriau la klo jd ap2..mohon dijauhkan

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi