Hot Posts

6/recent/ticker-posts

RESEPI IKAN KERISI MASAK ASAM

RESEPI IKAN KERISI MASAK ASAM | Ikan kerisi sebenarnya bukan ikan kegemaran keluarga Sha tetapi kerana keinginan Sha beli juga dan masak pun ringkas-ringkas sahaja. Kebiasaan ikan kerisi Sha suka goreng garing sahaja kerana Sha sukakn sisik ikan yang rangup apabila dimakan. Tetapi untuk kali ini Sha teringin makan yang berkuah jadi Sha masakkan Ikan Kerisi Masak Asam, Alhamdulillah anak-anak suka hirup kuahnya. Kalau korang dah habis idea nak masak apa hari-hari tambah pula bulan puasa ni kan, tapi kan lauk ini boleh dikategorikan lauk sihat juga kan..ehhehe


Oklah tanpa buang masa Sha nak kongsi resepi ikan kerisi serba ringkas ini. Bulat je mata si ikan kerisi ni kan..hihi

BAHAN-BAHAN

2 ekor ikan kerisi
3 ulas bawang merah (tumbuk)
2 ulas bawang putih (tumbuk)
2 cm kunyit hidup (tumbuk)
1 batang bunga kantan
Air asam jawa
garam

CARA-CARA MEMASAK

Pertama sekali tumis bahan yang ditumbuk iaitu bawang merah, bawang putih dan kunyit hidup. Bila agak wangi masukkan air asam jawa dan air kosong kemudian barulah masukkan ikan dan bunga kantan. Bila ikan benar-benar masak baru lah ditutup api. Oh yeaaa...jangan lupa perasakan kuah dengan garam.

Ringkas sangat bukan? Kalau suka jenis masakan begini korang boleh tengok resepi ikan tongkol singgang di sini ----> RESEPI SINGGANG IKAN TONGKOL

Post a Comment

15 Comments

  1. senang je rupanya masak asam ni. Ada jugak stok ikan kerisi tapi tak tahu nak masak apa

    ReplyDelete
  2. Senang je rupanyaaa..nanti nak buat la..akak pun suka ikan kerisi goreng garing pas tu cicah budu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya Allah Kak SA,,kena beli ikan kerisi laa lagu niii

      Delete
  3. sedap ni...suka lauk macam ni..hirup kuahnya...

    ReplyDelete
  4. lama tak makan ikan kerisi.. sini xde jual huhuhu

    ReplyDelete
  5. Ok juga menu ni.. boleh cubalah

    ReplyDelete
  6. ow, ikan masak asam akak cmtu yeh? kite letak halia dgn bwang n air asam jawa..
    mcm sedap juga ya, boleh try nii, simple tapi sedap!

    ReplyDelete
  7. Kerisi ni kadang cuak juga nak handle sebab senang pecah😅
    Ke kat tangan saya je macam tu ehh

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..sama laa..risau jgk kot pecah..kena usik2 air jelaa nii

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi