BINATANG KESAYANGAN MENUTUP MATA SELAMANYA - SHALIMAR YUSOF


Friday, May 25, 2018

BINATANG KESAYANGAN MENUTUP MATA SELAMANYA

BINATANG KESAYANGAN MENUTUP MATA SELAMANYA | Pagi ini terasa suram rasa hati apabila mengetahui perginya binatang kesayangan Mak, Si Yatem seekor monyet yang dipelihara semenjak arwah ayah Sha masih ada.


Sejak puasa bermula Yatem dikhabarkan tidak selera makan, muntah-muntah dan tidak mebuang air besar. Setelah dibawa ke bahagian veterinar tiada apa-apa perubahan dan akhirnya Yatem pergi buat selamanya.

Hilang sudah penghibur keluarga Sha di kampung dan penghibur Sha sekeluarga bila kami balik kampung dengan keletahnya sangat manja. Mak Sha mungkin insan paling terasa kehilangannya kerana yatem amat manja dengan Mak. Hari Yatem pergi Mak Sha ada temujanji dengan doktor dan sempat berpesan pada Yatem supaya tunggu Mak balik.

Sempat mak balik bermain dengan Yatem, gigit-gigit jari jemari Mak dan pergi begitu sahaja. Sedih memang sedih tapi sedih lagi bila dengar Mak sedih. Mak pula memang dari dulu pantang binatang peliharaan mati, memang bengkak la mata Mak menangisi.

Yatem pergi selepas Tuan dia iaitu ayah Sha pulang ke Rahmatullah pada  13 Oktober 2017 lebih kurang 8 bulan lepas. Teringat pula masa arwah ayah pergi, Yatem biasanya suka juga buat bising tapi tetiba menjadi pendiam dan ambil masa juga nak ceria kembali dan pandai pujuk Mak pula tuu, dicium-ciumnya pipi Mak masa itu.uhuhuhu..

Hari-hari pun kalau nak tidur mesti nak bermanja dengan Adik Sha, si Tina tu dulu kalau tidak pasti akan bising dia dalam kandang. Kini sunyilah rumah tanpa keletah dia yang kadang-kadang mengada dan cemburu lebih.

#goodbyeYatem

5 comments:

  1. semoga dapat bertemu yatem di syurga nanti.. sy pun sedih sbb tahun ni baru kehilangan kucing..T_T

    ReplyDelete
  2. sedihnyer..dpt rasa perasaan tu cane since 12 bela haiwan,.,kucing,.sugar glider, budgie dan ikan... sabar yer sis :)

    ReplyDelete
  3. yang baca ni pun sedih bila binatang kesayangan kita tak ada...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi