PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA TAHUN 2018 - SHALIMAR YUSOF


Monday, April 09, 2018

PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA TAHUN 2018

PEMENANG ANUGERAH MELETOP ERA TAHUN 2018 | 8 April 2018 telah berlangsung Anugerah Meletop Era 2018 di Stadium Axiata Arena Bukit Jalil. Bersiaran di Astro Ria dan Ria HD bermula pada jam 8.30 malam dengan acara karpet merah dan jam 9.00 malam majlis membuka tirainya. Kebiasaanya Sha tidak terlalu teruja dengan anugerah yang diadakan, yang dinantikan pastinya adalah persembahan daripada artis-artis pada malam itu yang menjadi kebiasaan pasti ada kelainan dan juga persembahan otai-otai seperti Ruffedge, Ramli Sarip, Gersang dan Mas Idayu. Opss..Tahniah kepada Neelofa dan Khai Bahar atas anugerah Top top Meletop Era 2018.
Image result for anugerah meletop era 2018

Persembahan paling mendapat sambutan pada malam itu adalah daripada kumpulan Ruffedge yang sangat dinanti-nantikan oleh peminat mereka dan penonton sezaman dan yang membesar dengan lagu mereka.


Antara lagu dendang mereka adalah Tipah Tertipu, Khayalan, Bila Rindu dan Lemas. Suasana menjadi cukup meriah apabila para artis dan penonton sama-sama bangun dan menyanyi bersama mereka. Ehhh..persembahan mommy Mas idayu juga tak kalah, memang masih bertenaga patut laa laku jadi juri kan.

Berikut adalah senarai penuh pemenang AME2018

  • Artis Baharu MeleTOP - Farah Nabilah
  • Si Cilik MeleTOP - Arif Jiwa Asyraf
  • Couple MeleTOP - Jep Sepahtu & Sari Yanti
  • Program Radio MeleTOP - Johara Pagi Era
  • Penyampai Radio MeleTOP - Johan (Era)
  • Program MeleTOP - Sepahtu Reunion Live 2017
  • Hos MeleTOP - Nabil MeleTOP
  • Artis Lawak MeleTOP - Zizan Razak
  • Drama MeleTOP - Red Velvet
  • Pelakon MeleTOP - Neelofa
  • Grup/Duo MeleTOP - Datuk Seri Siti Nurhaliza & Faizal Tahir
  • Penyanyi MeleTOP - Khai Bahar
  • Lagu MeleTOP - Bayang (Khai Bahar)
  • Filem MeleTOP - J Revolusi
  • Bintang Filem MeleTOP - Nur Fazura (J Revolusi)
  • Top Top MeleTOP (Lelaki) - Khai Bahar
  • Top Top MeleTOP (Wanita) - Neelofa

Tahniah kepada semua pemenang.

8 comments:

  1. Alhamdulillah tahniah kepada semua pemenang....

    ReplyDelete
  2. mmg sesuai ngn nama anugerah ni, sbb asik hos meletop je yg menang.... huuhui

    ReplyDelete
  3. Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Apakah Anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
    Jika ya, silahkan kunjungi website kami http://kbagi.com/ atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.
    Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

    ReplyDelete
  4. Ai pun nak tengok ruffedge je.. so tengok kat youtube..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi