MANFAAT KLINIK 1MALAYSIA KEPADA RAKYAT - SHALIMAR YUSOF


Monday, April 30, 2018

MANFAAT KLINIK 1MALAYSIA KEPADA RAKYAT

Tahun 2017 adalah pengalaman pertama Sha menjejakkan kaki ke Klinik 1Malaysia yang mana hanya lebih kurang 2 kilometer sahaja daripada tempat kerja disebabkan mengalami cirit birit akibat keracunan makanan. Sha sangat berpuas hati dengan layanan dan perkhidmatan yang diberikan oleh kakitangan yang bertugas dan tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan rawatan tambah pula hospital besar paling dekat pun agak jauh untuk Sha dapatkan rawatan segera pada hari itu dan kebetulan pula masa itu hujung bulan gaji pun cukup-cukup makan jadi kemudahan yang terbaik waktu itu adalah Klinik 1Malaysia.

Sumber Google

Kenapa perlu pilih Klinik 1Malaysia? Kita perlu sedar rakyat berpendapatan rendah dan sederhana menghadapi kekangan kewangan untuk terus mendapatkan rawatan di hospital besar dan klinik swasta tetapi di Klinik 1Malaysia  bayaran yang dikenakan hanyalah RM 1.00 sahaja manakala untuk warga emas adalah secara percuma. Berbaloi bukan? Kalau hidup di kawasan seperti Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur yang merupakan ibu negara, dengan kos hidup tinggi program sebegini amat diperlukan untuk meringankan golongan yang memerlukan selain perkhidmatan rawatan ringan segera.


Sumber Google

Untuk pengetahuan anda semua, Klinik 1Malaysia yang merupakan hasil inisiatif Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Seri Mohd Najib Bin Tun Abdul Razak pada tahun 2010 ini menyediakan rawatan perubatan ringan kepada penduduk setempat. Terdapat 361 buah Klinik 1Malaysia diseluruh negara dikendalikan oleh jururawat dan pembantu hospital beroperasi bermula pukul 10.00 pagi sehingga pukul 10.00 malam termasuk cuti umum dan hujung minggu.

Sumber Google

Suka Sha ingatkan disini Klinik 1Malaysia hanya menyediakan rawatan ringan seperti demam, batuk, selsema dan penyakit-penyakit ringan. Selain itu rawatan susulan kes penyakit kronik yang stabil dan terkawal seperti diabetes, darah tinggi,asma,mencuci luka dan membuka jahitan anda tidak perlu ke hospital besar lagi kerana anda boleh sahaja terus ke Klinik 1Malaysia yang terpilih seterusnya mendapatkan khidmat nasihat dan pendidikan kesihatan disana. Untuk program saringan HIV pula hanya disediakan di Klinik 1Malaysia tertentu sahaja. Namun untuk kes berat anda perlu ke hospital besar juga untuk kemudahan yang lebih lengkap.

Walaupun klinik ini hanya menyediakan sistem  penjagaan kesihatan yang asas sahaja namun ia cukup memberi manfaat besar kepada golongan yang kurang mampu dan memerlukan rawatan perubatan. Jika anda ingin berkunjung ke Klinik 1Malaysia anda boleh klik Senarai Klinik 1Malaysia.

44 comments:

  1. bayaran rm1? uish, bagusnya! dapatlah kurangkan beban golongan yang kurang berkemampuan

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeah..RM1 sahaja dah dapat ubat dan rawatan

      Delete
  2. kat rawang ni dia buka opis haour saja...nangih!.. kalau tak kita pergi dah bila perlu

    ReplyDelete
  3. Bestnya cuma bayar RM1.00 untuk dapatkan rawatan dan kemudahan.

    ReplyDelete
  4. Kalau g klinik swasta sebab demam jer pon dah berapa puluh habes..baguslah ade klinik nih..dapatlah jimat duit sikit.

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpe..klu kes kecil xperlu nk bersesak dah

      Delete
  5. Semoga akan terus dapat memberi manfaat buat semua

    ReplyDelete
  6. bayaran yg sgt affordable dan servis yg tiptop ...

    ReplyDelete
  7. Klinik 1M ni memang bagus. Selesa pula tu.

    ReplyDelete
  8. klinik 1MALAYSIA DEKAT KULIM XDOP lagi

    ReplyDelete
  9. Murah tul n x perlu menunggu lama. Cuma kalau waktu siang doktor x ada. Nak minta mc pun susah.

    ReplyDelete
  10. Tak pernah pergi.. Boleh la pergi lepas ni.. Hehe

    Thanks kongsi. :)

    ReplyDelete
  11. Bagus klinik 1 Malaysia ni, murah pun iyee jugak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah sgt bagus bg yg memerlukan

      Delete
  12. Dekat Salak Tinggi pun ada jugak klinik 1Malaysia nie..

    ReplyDelete
  13. Alhamdulillah..kita dpt berjimat dgn kos perubatan yg semakin tinggi dgn klinik1M ni

    ReplyDelete
  14. Alhamdulillah. Sedikit sebanyak mampu meringankan beban

    ReplyDelete
  15. Cik en akan gunakan klinik 1malaysia kalau kes2 ringan

    ReplyDelete
  16. Menyenangkan setengah2 org yg kdg2 malam sakit kan lgpun klinik buka.smpai 10mlm

    ReplyDelete
  17. Nina sendiri prefer pi Klinik 1Malaysia bila tak sihat. Lebih cepat dan dengan RM1 , kita dapat ubatan yang bagus setanding klinik swasta

    ReplyDelete
  18. ohh okay, baru tahu ada! HAHHAHA adoi namanya je duduk KL jek. hihi. dekat mana eh lokasi Klinik 1Msia?

    ReplyDelete
  19. Ciktie pun suka pergi klinik 1 Malaysia ni. Memang puas hati sangat

    ReplyDelete
  20. sha selalu jugak pergi klinik 1 malaysia, sebab dekat dan murah hehe

    ReplyDelete
  21. ohh baru tahu Wilayah Persekutuan KL adalah lokasi pertama diwujudkan klinik 1 Malaysia :D

    ReplyDelete
  22. Biasa ke sini... Memanglah ramai orang, sebab murahkan. Itu sebab jadi tumpuan :)

    ReplyDelete
  23. bagusnya ada Klinik 1 Malaysia ni, murah yang berpendapatan rendah takde terbeban kalau nak pergi klinik kan

    ReplyDelete
  24. Kat mana eh nak tgk list klinik 1 malaysia ni?

    ReplyDelete
  25. Sekarang ni mana nak dpt benda dgn harga rm1 lagi kan Sha :)

    ReplyDelete
  26. Wah.. Mmg bagus adanya klinik 1Malaysia. Bkn apa2 kdg2 utk kes2 emergency yg perlukan rawatan segera. So, klinik 1Malaysia lah yg kita tuju kan...

    ReplyDelete
  27. Kat Ipoh kita ada kat UTC kan SHa?

    ReplyDelete
  28. Auni dah pernah pergi klinik 1 malaysia ni. servis memang best, staff ramah.

    ReplyDelete
  29. Dulu biasa p swasta sbb malas nk tunggu lama kt klinik kshatan. Riso anak xselesa. Tp skrg sgt mudah ada klink 1msia.dekat je dgn rumah, org pon xramai. Servis cepat. Ubat pon serasi.

    ReplyDelete
  30. Dekat dengan rumah. Senang nak pergi.. :)

    ...

    ReplyDelete
  31. memang bagus klinik 1M ni, dekat dengan kawasan perumahan dan tak perlu tunggu lama untuk ke hospital.

    ReplyDelete
  32. di daerah G belum ada klinik 1 malaysia rasanya

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi