HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Monday, March 05, 2018

# tips penjagaan diri

CARA ATASI KULIT KUSAM

CARA ATASI KULIT KUSAM | Serius kulit kusam boleh membuatkan seseorang menjadi rendah diri. Mana tidaknya walaupun wajah bersih tanpa jerawat atau jeragat tapi kalau kulit kusam membuatkan seseorang tampak pucat atau tidak bermaya yang boleh menyebabkan tidak menarik. Selain daripada mengambil suplement untuk mengatasi kulit kusam kita perlu mengamalkan cara alami atau cara hidup sihat yang patut diamalkan dalam kehidupan seharian. Antara cara mengatasi kulit kusam adalah seperti berikut -



  • Cukupkan pengambilan air putih.

Air putih sangat penting untuk tubuh badan kita kerana ianya membantu membersihkan dalaman dan melembapkan kulit secara semula jadi. Kekurangan air boleh menyebabkan dehidrasi yang akibatnya banyak sel mati dan kulit kering, kusam seterusnya menimbulkan garis-garis halus pada kulit kita.

Tips : Minum air sekurang-kurangnya 2 liter air sehari. Elakkan minuman manis, bergas dan berkafein yang menjadi faktor kulit kering. Info : 1 liter air untuk setiap 25kg berat badan kita.

  • Cukupkan waktu tidur

Percayalah memang berbeza bilamana cukup dengan tidak cukup tidur. Kurang tidur juga boleh menjejaskan kesihatan.

Tips : Tetapkan masa tidur dan masa bangun. Tidur yang cukup membantu penghasilan sel kulit baru yang menampakkan kulit kita lebih segar dan berseri.

  • Kurangkan stress

Tekanan atau stress juga boleh menyebabkan pelbagai masalah kulit ini kerana stress biasanya akan meransang minyak lebih banyak.

Tips : Senaman ringan. Bersenam bukan sahaja untuk sihat tapi juga untuk cantik. Aktiviti sukan dan keluar peluh memberi kesan awet muda, cegah kulit kusam dan berminyak. Senaman membuatkan perjalanan darah yang lebih lancar.

  • Cukup rehat.

Mustahil tidak perasan apabila tidak cukup rehat kita akan menjadi lesu. Badan lesu, kulit juga menjadi kusam dan tidak sihat. Keletihan boleh sebabkan penuaan berlaku lebih cepat.

  • Pemakanan Sihat

Elakkan makanan ringan dan makanan berminyak.

Tips : Makan sayuran dan buah-buahan. Tomato adalah salah satu sayuran untuk kulit cantik tau.

Hurmmm..mentang-mentang dah masuk umur 31 tahun ni risau lain macam kan, dulu malas nak peduli sangat. Daripada tak ambil peduli langsung baik ambil langkah menjaga kembali kulit kita kerana ianya aset penting tubuh kita.

5 comments:

Terima Kasih Daun Keladi