HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Tuesday, February 13, 2018

# santai

POK YA CONG CODEI

POK YA CONG CODEI | Assalamualaikum, Salam Sejahtera semua. Sudah lama sebenarnya nak bercerita tentang telemovie Pok Ya Cong Codei yang boleh tahan viralnya sejak bulan lepas. Ketika mula-mula telemovie ini nak di tayangkan Sha pun tak berapa faham apa itu Cong Codei.. suami Sha pun ada tanya apa maksud Cong Codei tu, Sha sendiri pun tak boleh nak jawab sehinggalah menonton sendiri telemovie Pok Ya Cong Codei ini.

 

Sejujurnya telemovie ini adalah karya yang penuh dengan mesej yang disampaikan dalam bentuk santai di dalam dialek kelantan. Sepanjang jalan cerita ini Sha merasakan Sha berada bersama arwah ayah sendiri, walau pun arwah ayah tak adalah sampai keluar jauh sampai ke KL untuk selesaikan masalah orang..huhuu..

Melalui cerita Pok Ya Cong Codei  menunjukkan tak semua orang "bekeng", orang "gedebey" dapat menyelesaikan masalah dengan memukul. Jauh lari daripada konsep filem samseng yang lain, yang mengeluarkan banyak modal, banyak mengorbankan harta benda telemovie ini lebih santai dan dekat dengan kehidupan orang melayu sebenar. Pendapat ini adalah berdasarkan pengalaman hidup Sha sendiri jadi Sha amat menyokong penghasilan telemobie sebegini.

Sabri Yunus pendokong utama watak Sebagai Pok Ya Cong Codei merupakan anak jati Kelantan menyatakan telemovie ini adalah kombinasi cerita masyarakat setempat. Nilai sesebuah sastera dengan elemen yang dekat dengan masyarakat setempat menjadikan sesebuah karya dapat diterima dan dekat dengan hati penonton.

Gelaran juga adalah sesuatu yang dekat dengan masyarakat kita dan diberikan berdasarkan sesuatu yang dekat dengan diri seseorang. Seperti Cong Codei sendiri adalah hasil daripada salah sebut nama hotel yang di duduki oleh Pok Ya iaitu Concorde. Di dalam Pok Ya Cong Codei ini kita dapat melihat mesej gedebe yang tak perlu terlalu berat penyampaiannya seperti filem lain.

Antara nilai yang dapat kita ambil adalah keupayaan berkomunikasi dan menguruskan rundingan sulit pelbagai hala yang membabitkan segala macam urusan sosial dan kebijaksanaan dalam menyusun strategi ketika bertindak. Kaedah berfikir dan berinteraksi berdasarkan persekitaran juga jenis orang yang terlibat dalam sesuatu perundingan.

Sabri Yunus menerapkan nilai-nilai tempatan serta teladan kepada masyarakat dan watak Pok Ya adalah bukan rekaan semata-mata  namun sememangnya wujud dalam senario masyarakat masa kini. Paling menarik telemovie ini juga diselitkan dengan dialog-dialog santai yang berunsur komedi dan nakal yang boleh dikatakan adalah dialog biasa harian masyarakat.

Siapa belum tonton boleh cari dan tonton balik telemovie Pok Ya Cong Codei. Tapi terjemahannya mungkin tak berapa ngam dengan dialog sebenarnya. Kalau faham dialek kelantan memang bonus..hihihi... #imissuayah

28 comments:

  1. kita tak tgk lagi pok ya cong codei dio ter... hehhe

    ReplyDelete
  2. akak siap rakam lg telemovie nih dik, bila2 blh tgk je nnti hehehhe....
    akak dr dulu mmg suka drama ke telemovie yg ada penggunaan dialek, tak kisahla kelantan, terengganu, nogori ke utara ke... seronok dgr cara berckp dialek tuh...

    mmg santai je cite pokya nih, tak perlu jln cite cintan cintun, tak perlu hero heroin peluk2... cukup ngn pokya tp jln cite ngn mesejnya sampai

    ReplyDelete
    Replies
    1. sungguh tuu kak..sha pun suka tgk cite dialek lain..kdg ngikut..huhu

      Delete
  3. Talent Sabri Yunus dalam mengarah memang terbaik la. Kebanyakan telemovie dia best, mendalam...

    ReplyDelete
  4. Best cerita ni abe ekin sokmo ulang tayang tengok dia siap komen tukang translate tu tak pandai buat hahahahaha..

    ReplyDelete
    Replies
    1. tau xpo..kdg mcm lari ape yg sebenar nk disampaikan,,

      Delete
  5. menarik ni....tgk kt channel mna erk? lama sgt xtgk tv....

    ReplyDelete
  6. Hari tue saya ada tertengok kat fesbuk tapi lepas tue dah kena block dengan orang fesbuk, tak sempat nak tengok sampai habis..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ade byk tempt leh download nih..huhu..cikma dload

      Delete
  7. sempat tengok sedutan telemovie saja belum tengok sepenuhnya...nantilah nak cari...menarik...


    sekali lagi selamat datang ke blogger utara

    ReplyDelete
  8. AS pun dah tengok dengan asben aritu.
    Ade part2 tu, asben je ketawa..sedangkan AS x "tangkap" ape yg kelakar.
    Hihi asben pure ganu, so dialek diorang x banyak la beza agaknya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu..aah,,sebb klu tgk translate xsampai lawak tuu

      Delete
  9. seronok kisah nih
    dah tengok ari tu
    no wonder popular

    ReplyDelete
    Replies
    1. layan kan..xberat pun jalan cerita dia kan..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi