MENGINAP HOTEL VISTANA BUKIT JAMBUL PENANG | 16 Februari 2018 yang lalu memandangkan tiada apa-apa aktiviti yang menarik untuk dilakukan sepanjang cuti Tahun Baru Cina dan juga hasil pujukan Abang Zaryth yang dah lama Sha dan suami tak bawa jalan ke mana-mana sejak masuk tahun baru ini akhirnya suami Sha mencadangkan kami ke pulau pinang (penang) untuk bercuti walaupun satu malam pun jadilah tambah pula penang antara negeri terdekat dengan perak. Sebenarnya paling tak tahan Abang Zaryth tanya bila nak bawak dia tidur hotel lagi? Ewaah2..bukan ke main anak sulung Sha tu kan, lepas tu nak hotel yang ada kolam.. nasib laa dia tak ajak main salji ke apa kan...tak mampu ibu anak oiii...ahahaha. Tapi tak apalah bukan selalu bawa anak-anak relaks macam ni kan kita orang dewasa pun perlu juga keluar sekejap dari home sweet home kan untuk hilangkan bosan.
Ehsan : Booking.com |
Kami memilih untuk check in lebih awal lebih kurang pukul 12.00 tengahari dan masuk ke bilik yang berada di tingkat 18. Sha dan suami menjangkakan Penang akan sesak bila Cuti Tahun Baru Cina namun tiada kesesakan berlaku. Alhamdulillah dipermudahkan perjalanan kami.
Ehsan; Booking.com |
Untuk kali ini kami sekeluarga memilih bilik Excutive Deluxe Room. Biliknya agak luas dan selesa dengan pilihan kami untuk bilik Extra Large Bed kerana untuk jenis bilik ini terdapat juga pilihan 2 single bed.
Bilik dilengkapi almari pakaian termasuk hanger.
Peti ais kecil
Televisyen
Seterika + Papan Gosok
Rak beg
Soket plug tak perlu berebut memang terlebih pulak untuk cas bateri telefon bimbit masing-masing, kamera dan lain-lain peralatan elektronik.
Ehsan : Booking.com |
Shampoo dan shower gel juga hand wash.
2 tuala mandi, 2 tuala muka
Berus dan ubat gigi.
Pengering rambut.
Pemanas air
4 biji gelas
sachet minuman.
Akhirnya Abang Zaryth dapat melepas geram untuk mandi kolam seperti yang dia pinta, tak tahu berapa kali panggil naik baru keluar kolam. Seronok la diaorang dapat mandi kolam sebab ramai geng mandi sama-sama pagi itu. Adik Nur pun apa kurangnya seronok dan berani lebih daripada Abang Zaryth nak mandi dengan ayah di kolam dewasa. Kolam dewasa kat sini kedalamannya 1.4m, Sha tak pandai berenang jadi masuk kolam pegang tepi-tepi kolam jela,,aahahha.. Di sini korang tak perlu bawa tuala dari bilik hotel kerana di sini telah tersedia tuala khas untuk pengunjung kolam.
Kalau ada masa korang boleh ke gym yang terletak di sebelah kolam renang iaitu di tingkat 2 Hotel Vistana ni. Banyak juga peralatan yang ada kat sini jadi mungkin boleh bergilir jaga anak sambil keluarkan peluh.
Sementara tunggu suami Sha check ini di hotel ni kami rehat di bahagian ruang menunggu depan kaunter utama. Kedudukan hotel ini yang tidak jauh daripada Lapangan Terbang Bayan Lepas mungkin penyebab hotel ini menjadi pilihan anak kapal bertugas di beberapa syarikat penerbangan untuk menginap di sini, yelaahh masa check in tu tak putus nampak mereka check in. Cantik pulak body pramugari-pramugari ni kan...eeheheheh...ehhh...ke situ pulak kita.
Ruang makan yang selesa. Kami sekeluarga mengambil pakej harga bersama sarapan dan pagi itu agak awal turun makan kerana Abang Zaryth sudah mula tak tahan nak mandi kolam..ahahhaha...alahai itu budak padahal bukan berani sangat pun dengan air.
Selepas mandi kolam kami pun bersiap untuk check out dan meneruskan perjalanan kami seterusnya. Alhamdulillah dapat juga bercuti dengan keluarga walaupun dalam waktu yang singkat ini, seterusnya tunggu balik kampung pulak..Ibu dah tak sabar oiii..
Korang juga boleh tengok kedudukan hotel ini dalam maps di bawah.
14 Comments
Cantik hotel ni, zumal pernah pergi event je kat hotel vistana ni...
ReplyDeleteyeah..puas hati zumal
Deletegee sekarang kalau nak check in mesti kena cari yang ada pool..adeh..nasib banyak hotel mampu bayar dan ada pool..anak oh anak!hahaha
ReplyDeletetau xpe..budk2 zamn skg..cikma dulu terjun sungai blkg umah jee,,hihih
Deletebestnya oiii !
ReplyDeletememang kita kena escape jugak kadang kdang untuk hilangkan tekanan hidup
hahahhahaha
sungguh mek..klu dop sumak..ahahha
Deletecantik kolam dia erk.....CNY hari tu sesak erk....
ReplyDeletebleh la layn bebudak neh..xsesak sgt...
DeleteVistana agak strategik lokasinya nak ke mana-mana, makan yang disediakan pun sedap...
ReplyDeletetak dapat jumpa shalimar dan keluarga baru ni...
anak-anak memang suka tidoq hotel kan...macam anak arz juga
ReplyDeleteaah..mall..kedai mkn popular pon sekeliling dia je..huhu..dak2 zaman laa..mak bak sedia duit laa..
Deletemenarik hotel tu.. pergi penang aritu balik hari xde tidur2 pun hahahha.. kena rancang semula untuk holiday dengan family nanti
ReplyDeleteini pun last minit ekin..mlm booking..pg esok gerak..huhu
Deletewow
ReplyDeletenampak cantik hotel nih
Terima Kasih Daun Keladi