HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Sunday, January 14, 2018

# info

NAK TENGOK BALIK STATUS FACEBOOK LAMA

NAK TENGOK BALIK STATUS FACEBOOK LAMA | Kalau korang perasan bila kita layari facebook, facebook akan keluarkan kembali  status-status lama atau memori gambar beberapa tahun yang lepas tarikh yang sama semasa kita dalam talian. Misalnya hari ini 11 Januari 2018 kita akan dapat lihat mungkin status pada 11 Januari 2016 atau tahun-tahun lain sejak kita daftar akaun facebook itu sendiri. Tapi sebenarnya kita dapat lihat balik semua status kita  pada tahun-tahun lepas yang kadang-kadang kita tak percaya pun status itu kita pernah taip, kadang macam budak-budak nak-nak status zaman dulu tak matang lagi..hihihi..

Kalau korang nak tengok balik status facebook korang tahun-tahun sudah korang boleh klik tiga garisan pada sebelah kanan facebook seperti dalam gambar dibawah yang telah Sha tanda bintang tu.


Bila sudah klik garisan tiga tu korang scroll menu-menu yang ada sehingga sampai bahagian apps kemudian klik On This Day. Masa ni korang boleh la tengok status-status lama korang.

 

Bila baca balik status-status lama sesetengahnya macam tak percaya je diri sendiri yang tulis. Ada yang macam alim sangat, ada yang macam budak-budak sangat, ada yang ikut perasaan sangat dan ada yang jiwang sangat..ahahhaha...

Apa-apa pun betullah kita perlu berhati-hati dalam menulis status, menjaga kata-kata di media sosial kerana walaupun kita sudah padam, ianya tetap ada sebenarnya. Sha pernah mengikuti seminar bersama Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia Malaysia (MCMC) yang selalu menekankan perkara ini demi kepentingan bersama untuk mengelakkan masalah di masa hadapan.

Gunalah media sosial dengan berhemah, elakkan menyebarkan fitnah atau berita tidak pasti. Sebaik-baiknya kongsilah sesuatu yang dapat memberi manfaat kepada semua golongan pembaca sama ada rakan-rakan, keluarga dan kenalan.

4 comments:

  1. Betul,kadang kalau tengok status lama2..aih, mcm budak2 pun ada..tapi betul tu, bila kita dah semakin matang ni, nak up status pun fikir dulu..terutama status yang emo2 atau nak marah orang..

    ReplyDelete
  2. Saya pun selalu jugak kluar notification status lama saya.. hihi macam kelakar pulak rasanya..

    ReplyDelete
  3. Rabia tak main pun yang ni..biasa main yg ig story je

    ReplyDelete
  4. huhu, malu sangat kalau baca balik..
    mmg status budak2..
    nak wat cmne, zaman tu fb la paling best, semua nak cerita dalm tu..
    malu..huhuk..tapi ok la, mengimbau memori zaman gedik2..hehe..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi