HARI PERTAMA ABANG ZARYTH KE SEKOLAH - SHALIMAR YUSOF


Tuesday, January 02, 2018

HARI PERTAMA ABANG ZARYTH KE SEKOLAH

HARI PERTAMA ABANG ZARYTH KE SEKOLAH | Assalamualaikum semua.. Belum terlambat rasanya Sha mengucapkan Selamat Tahun Baru 2018 memandangkan ini adalah entry pertama shalimaryusofdotcom di tahun 2018. Alhamdulillah hari ini 02.01.2018 Sha dan suami bersama-sama meluangkan masa menghantar Abang Zaryth ke sekolah. Pada tahun ini Abang Zaryth tidak lagi sekolah di tadika tetapi memasuki Pra Sekolah di sekolah berdekatan kediaman kami.

Bersyukur ke hadrat Ilahi pengalaman menghantar Abang Zaryth dipermudahkan tambah pula dia seorang yang relax, tak menangis dan hari ini siap tolong pujuk rakan baru yang sedang menangis. Semoga Abang Zaryth dapat membiasakan diri dengan suasana baru, cikgu baru dan rakan-rakan sekelas yang baru.

Tengok tuu bukan main dia nak terbang-terbang ambil gambar pun tak duduk diam. Sebelum ini selalu cakap tak nak sekolah ni, nak sekolah tadika dengan Cikgu Salmah pagi ini lain cerita pulak teruja tengok kelas baru.



Selepas perhimpunan beramai-ramai tadi Abang Zaryth berkumpul ikut kelas pulak dengan geng pra sekolah sebab sekolah ni ada 3 kelas untuk pelajar Pra Sekolah. Macam macam ragam pagi ini dapat lihat yang menangis sampai meronta-ronta pun ada. Mungkin nanti okla bila dah masuk kelas masing-masing, ibu bapa pun dah balik kan.

Ramai kawan ibu tanya macam mana nak masuk pra sekolah, korang boleh isi secara online apabila tarikh permohonan dibuka macam Sha hari tu dah terlepas tarikh nasib baik permohonan secara manual masih belum ditutup.

Tak ada apa yang ibu inginkan hanya  mahu melihat abang cepat belajar dan berjaya juga punya adab dalam hidup.

16 comments:

  1. Alahai so comel bab dia tolong pujuk kawan nagis tu hehe. Goodboy la Zaryth. Moga jadi anak yang soleh dan berjaya :)

    ReplyDelete
  2. hebatlah zaryth boleh tolong pujuk kawan-kawan

    ReplyDelete
  3. wahhh dah sekolah pra bang zaryth.. ibu tetap muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yea aunty ekin..dh besor dh budak nih..haahaha,,muda ke,,tq

      Delete
  4. Wahhh.. ceria muka abg zarith ye.. terbaikkk

    ReplyDelete
  5. Alhamdulillah dan seronok nampaknya....

    ReplyDelete
  6. Semoga abg zaryth menjadi anak yg bijak. Jgn nakal2 tau..

    ReplyDelete
  7. Boleh harap abang zaryth ni. InshaaAllah jadi teman yang ringan hati nak membantu orang lain.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi