HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW

Tuesday, January 09, 2018

# hiburan # info

BIODATA INTAN NAJUWA

BIODATA INTAN NAJUWA | Assalamualaikum semua. Mungkin tidak semua orang layan drama TV3 tetapi Sha percaya drama ini semakin trending sekarang ini berdasarkan status kawan-kawan di media sosial yang meluahkan emosi dan komen masing-masing terhadap drama slot Akasia TV3 yang telah bermula pada 26 Disember 2017 iaitu Kekasih Paksa Rela. Pada mulanya Sha tidak berapa tertarik untuk menonton drama ini tapi bila sudah menonton satu episod macam tidak lengkap pula jika tidak meneruskan episod seterusnya, tak pasti apa daya tarikan drama itu sebenarnya...hihihi..


Ramai yang memuji pelakon baharu yang membawa watak utama iaitu Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira seorang yang disifatkan comel. Pelakon yang utama lain dalam drama ini adalah Remy Ishak dan Ain Edruce. Pelakon-pelakon lain adalah Afzan Rahman, Dayang Areeda, Nynaa Harizal, Jalaludin Hassan, Emelda Rosemila, Fizz Fairuz, Aman Graseka, Khaty Azian, Azhar Amir, Fatin Afeefa, Sharifah Asyikin, Feiyna Tajudin, Mak Wan. Drama sebanyak 28 episod terbitan Creative Skill Solution Sdn Bhd, diarahkan oleh Idora Abdul Rahman ini boleh ditonton setiap hari Isnin hingga Khamis jam 7 malam di TV3.

WATAK PELAKON 
Remy Ishak sebagai Adham
Intan Najuwa sebagai Hanan Khaira
Ain Edruce sebagai Rosnaida
Jalaludin Hassan sebagai Dato Azman
Aman Gaseka sebagai Kamal
Dayang Areeda sebagai Shiqin
Afzan A.Rahman sebagai Firdhaus
Emelda Rosemila sebagai Suraya
Fizz Fairuz sebagai Yusman
Fatin Afeefa sebagai Zilla
Khaty Azian sebagai Puan Zuraida
Nynaa Harizal sebagai Nonie
Wan Julia (Mak Wan) sebagai Mak Senah
Azhar Amir sebagai Dato Idrus
Sharifah Asyikin sebagai Reena
Feiyna Tajudin sebagai Juju


Panjang lebar pulak sembang pasal cerita ini, jom kenali pelakon Intan Najuwa, Sha percaya followers pelakon ini semakin mencanak naik seiring dengan drama ini yang semakin popular.


BIODATA INTAN NAJUWA.

Nama Penuh : Intan Najuwa Binti Abdul wahid
Asal : Johor Bharu, Johor
Tarikh Lahir : 18 Ogos 1997
Drama/Filem : Hantu Punya Boss!, Khabar Dari Casablanca, Kekasih Paksa Rela.
Instagram : @intannajuwa
Yang Perlu tahu : Kalau korang follow instagram Intan Najuwa ini korang mesti perasan satu video beliau dengan Ain Edruce, menurut Ain Edruce, Intan Najuwa adalah seorang yang kuat tidur, gila-gila, kuat makan, takut pada matahari dan seorang yang mengambil berat.
Hemm...nampaknya Intan Najuwa juga sudah punya kekasih hati..wahhh...

Semoga Intan Najuwa terus maju tapi adakah mungkin ini sama macam fenomena Hanna Delisha sebelum ini? Maklumlah mereka dikenali dan dipuji kerana comel, tambah pula Intan Najuwa ni kecik molek je orangnya memang cute sangatlah. Selepas drama ini moga Intan Najuwa terus menambah produk lakonan dan meningkatkan mutu lakonan beliau.

P/s : Eh, yang bawak Nonie tu pun boleh tahan cantik..hihihi

8 comments:

  1. Memang comel cute menjadi sangat dia main watak budak sekolah hehe. Ira pun melekat tunggu. Selalu akasia dah tengah cerita baru follow ni awal-awal episod dah berjaya tarik

    ReplyDelete
  2. ayat tak boleh terima..takut dengan matahari...ke takut muka hitam?haha??

    ReplyDelete
  3. first time tengok muka ni sebab aira tak layan sangat malay drama. hehe

    ReplyDelete
  4. First tengok drama ni macam tak best ja, adik tak pernah miss tengok drama ni last2 terpengaruh juga...

    ReplyDelete
  5. ingtkn erin malik..muka hampir seiras..tak minat sgt dia dlm drama tu sbb cam tak sesuai kecil molek sgt..cam bdk2 sgt tapi follow gak drama tu

    ReplyDelete
  6. Memang dia comel lebih-lebih lagi bila pakai baju sekolah dan wataknya yang suka merajuk.. pastu yang tak boleh tahan tue, kalu 'pakcik' tue marah ke apa ke mesti dia nak minum air masak.. hihi nampak cute jea..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi