HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, November 28, 2017

# medan indonesia

KEDAI MAKAN MUSLIM DI BERASTAGI INDONESIA

KEDAI MAKAN MUSLIM DI BERASTAGI INDONESIA | Hari pertama di Berastagi Indonesia, selepas melawat Pusat Rehabilitasi Al Kamal Sibolangit kami di bawah oleh Pak Ono yang merupakan pemandu pelancong kami di sana. Dari pertama kali jumpa di Lapangan Terbang Kuala Namu Pak Ono memang seorang yang mesra disambut dengan senyuman walaupun pada asalnya selalu salah sebut Sha, iya memang selalu terjadi orang salah sebut Shamila...Marimar laa...tapi Sha ok je..huhuhu..Sepanjang perjalanan kami terhibur saja dengan celoteh Pak Ono yang kadang-kadang tidak boleh dijangka lucunya, tiba-tiba saja kami krik krik.. Ok, untuk hari pertama kami di sana kami makan tengahari di Panorama Resto yang makanannya boleh tahan enak sekali.


Beginilah pandangan daripada luar restoran tersebut sangat selesa, nama restoran pun sama dengan nama bas pelancong kami "Panorama". Model depan restoran? memang ada selalu..ahhahahaha...dialah officemate, roomate, gaduhmate...apa-apa sajalah mate... Ini antara lauk pauk yang dihidangkan kepada kami, tak perlu risau ada yang tak makan ikan, masih ada ayam memang cukup segala khasiat makan di sini. Yang penting sambal kalau kat sana..sambal kicap pun sedap buat cicah-cicah dengan satay. Meja kami jarang tinggal baki biasanya kami akan bagi licin sayang oii bayar tapi tak makan habis.

 

Tengok pinggan Sha, memang tak sah kalau tak penuh pinggan kalau makan mesti nak cuba semua walaupun itu ayam goreng sahaja. Dah suap kat mulut sampai lagi daging satay daging, fuh memang tak laa nak bukak kamera lagi ingat makan sahaja Sha ni tambah pulak daging memang kegemaran Sha.


Inilah ruangan makan rombongan kami sangat selesa cukup cahaya bahagian luar pun ada tempat makan secara bersila. Yang paling menyihatkan sepanjang kami di sana adalah hidangan air kosong sahaja, nak air manis berais ke apa boleh order dan bayar sendiri tapi air kosong sudah memadai dan puas. Kat belakang itulah Pak Ono yang depan tu ahli jawatankuasa yang menyertai lawatan


Satu lagi bahagian makan. Di sini jangan risau ada disediakan tandas dan tempat solat bagi pengunjung jadi tak perlu berkejar-kejar ke tempat lain nak cari tempat.


Jadi kalau korang mencari tempat makan muslim di Berastagi, Indonesia ini korang boleh cuba makan di sini.

Kalau korang perlukan pemandu pelancong di Medan korang boleh hubungi Pak Ono yang boleh tahan kelakar dalam diam. Beliau akan urus korang sehingga habis check in pulang ke Malaysia sangat mudah berurusan dengan beliau ini. Paling minimum pelancong yang beliau terima untuk berjalan-jalan di sana adalah seramai 5 orang ke atas. Mekasihhh  yaa Pak Ono.....

Whatapps Pak Ono
+62813 6110 9489

5 comments:

  1. Menarik ni...boleh masuk wishlist nanti..

    ReplyDelete
  2. Tempat itu memang Bagus untuk makan dan minum.. Tks shalimar

    ReplyDelete
  3. aira tak pernah dengar nama berstagi, terus google. sumatra rupanya. hihi

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi