Wednesday, September 13, 2017

KHIDMAT MASYARAKAT DALAM PEMULIHAN DADAH

 

KHIDMAT MASYARAKAT DALAM PEMULIHAN DADAH | Dalam pemulihan daripada penyalahgunaan dadah yang diletakkan di bawah pengawasan dalam komuniti salah satu program yang dijalankan adalah program khidmat masyarakat yang memerlukan seseorang penagih dan bekas penagih melibatkan diri dalam program bersama-sama masyarakat dan sesama mereka.

Pelbagai bentuk dan kaedah rawatan pemulihan yang disediakan untuk memberi peluang kepada penagih untuk pulih kembali walaupun ianya  rumit, kompleks pendek kata bukan kerja senang. Rawatan dan pemulihan penagihan dadah sukar dicapai dalam tempoh yang singkat. Lazimnya ianya satu proses yang panjang dan berterusan kerana penagihan adalah penyakit kronik dan mudah berulang. Mengubah sikap masyarakat untuk terlibat dalam memerangi dadah bukanlah satu yang mudah malahan sering mendapat respon dan tanggapan yang negatif. Sikap tidak prihatin, stigma negatif dengan menganggap masalah dadah adalah masalah orang lain menyulitkan usaha pencegahan dan pemulihan.

Program ini adalah juga bertujuan untuk membantu golongan mereka kembali ke dalam kehidupan bermasyarakat  yang lazimnya akan memandang serong kepada mereka dengan melibatkan mereka dalam pelbagai aktiviti sosial kawasan setempat seperti program keagamaan, gotong royong dan majlis keraian.

Melalui program ini ianya membuka peluang kepada mereka untuk bercampur dengan masyarakat tanpa rasa rendah diri sekali gus memberi harapan baru kepada golongan ini .Masyarakat perlu maklum bahawa kepulihan dadah adalah sepanjang hayat, mereka perlukan motivasi dan sokongan daripada orang tersayang dan sekelilingnya. Sokongan sosial yang lemah tidak dapat membantu penagih menghindari relapse dan gagal mengamalkan gaya hidup yang sihat disamping komuniti terdekat. Oleh kerana keperluan sokongan ini terdapat juga khidmat kaunseling untuk keluarga penagih dan bekas penagih ini kerana keluarga adalah insan terdekat bagi mereka.

Terdapat penagih dan bekas penagih mempunyai keluarga yang sangat sempurna dari mata kasar, isteri yang setia dan anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan kerjaya ketahuilah mereka juga kekadang berasa malu berkeadaan begitu, kalaulah dadah ini senang ditinggalkan alangkah bahagianya mereka dan kita juga sebagai masyarakat.

Oklah sekian dulu iklan khimat masyarakat dari saya..
Jauhilah Dadah Durjana

5 comments:

  1. Bagus sangat kan.. Kite sbgai masyarakat kna bagi moral support...

    ReplyDelete
  2. Perlukan sokongan.. Tak boleh dibiarkan.

    ReplyDelete
  3. Betul kita perlu bagi sokongan kepada penagih..

    ReplyDelete
  4. bgs sgt ni, semoga masyarakat juga tdk membezakan mereka...

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...