HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, September 20, 2017

# ILMU # info

CARA TERBAIK REHAT DI PEJABAT

CARA TERBAIK REHAT DI PEJABAT | Waktu rehat adalah waktu yang ditunggu setiap kali tibanya waktu tengahari iaitu jam 1.00 petang. Apa yang korang lakukan sepanjang waktu rehat? Terdapat pekerja yang tidak berehat dan masih meneruskan kerja yang tidak selesai. Situasi berkenaan biasa dilihat apabila ada kerja yang perlu diselesaikan cepat dan mempunyai dateline. Walaubagaimanapun korang kena juga ambil waktu untuk berehat walaupun sekejap untuk memastikan kita terus bertenaga untuk melalukan kerja seterusnya. Betul tak? Korang juga kena tahu waktu mana korang perlu rehat tuu..

Image result for kerja
Sumber Google

1. Pertengahan Pagi
Ambil masa antara sebelum makan tengah hari ia boleh membuat anda lebih bersemangat. Jangan biarkan tenaga anda habis sebelum waktunya.

2. Berbual @ Berborak
Berboraklah dengan rakan sekerja kerana ia akan membuatkan anda lebih relaks dan jauh dari tekanan kerja. Cipta ruang waktu yang menyenangkan dengan topik santai seperti bercakap tentang hobi, tentang family, aktiviti selepas balik kerja atau bertukar resepi!

3. Rehat Yang Cukup
Rehat jauh dari meja kerja anda. Mungkin korang boleh ajak rakan berjalan ditaman, shopping barang dapur atau window shopping sebagai alternatif untuk berehat.

4. Lakukan Apa yang Diminati
Buat aktiviti yang korang suka! Supaya tubuh kita lebih segar.

5. Solat
Sebagai orang Islam boleh terus solat kebiasaanya waktu solat zohor adalah dalam waktu rehat jadi ambil waktu ini untuk segarkan otak dengan melalukan ibadah.

6. Lakukan senaman ringan.
Ringan je..senaman jari jemari tangan dan kaki. Cuba berjalan ke ruang lain pejabat jangan terlalu duduk di kerusi. Malas sangat nak bangun kat kerusi sendiri pun korang boleh buat pergerakan ringkas.

Apa lagi yang korang buat waktu rehat? kongsi laa mana tahu orang lain boleh amalkan juga dan tukar rutin biasa, lari dari kebosanan.

15 comments:

  1. Nurul selalu keluar pergi makan untuk hilangkan stress.. hehehe :p

    ReplyDelete
  2. Smg rehat kita memberi kecerdasan kpd kita bt kerja sml

    ReplyDelete
  3. Rabia bukan rehat dkt pejabat..rehat dekat taska..sebab kerja cikgu kan..masa dulu lah kerja ni.bulan 10 ni sambung belajar

    ReplyDelete
    Replies
    1. ehehe..yg penting buat pape yg xde kaitan ngn kerjakan..

      Delete
  4. tips yang baik...boleh cuba waktu rehat

    ReplyDelete
  5. waktu rehat timm makan n rehat puas2, haha

    ReplyDelete
  6. biasa dah tahap mengantok tu memang berborak jela dgn kawan2 ofis.. Time boss xdelah .huhu..

    ReplyDelete
  7. sambil2 boleh check emails..manalah tau ada job masuk

    ReplyDelete
  8. Waktu rehat LZ memang khas untuk makan.. Selain tu duk mereput dpn pc.. Borak dgn kawan2 pun kena tengok line clear dulu.. Kalau tidak nanti ada suara2 sumbang..

    ReplyDelete
  9. Kalo masa rehat. Tidur 5mnit pun dah ok dah ase.

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi