HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Wednesday, January 04, 2017

# RESEPI

RESEPI PUDING ROTI BERSAMA KUAH KASTARD


RESEPI PUDING ROTI BERSAMA KUAH KASTARD | Salah satu makanan yang Sha suka adalah Puding Roti yang mana cara membuatnya agak mudah. Sebelum ini Sha buat tanpa kuah kastard tetapi ianya agak tidak menarik dan atas permintaan en.suami Sha mula belajar membuat resepi ringkas untuk kuahnya.

BAHAN-BAHAN UNTUK PUDING ROTI

Roti 8 keping ( Sha guna roti gardenia )
Telur 2 biji
Susu segar / Susu cair
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 3 sudu besar

CARA-CARANYA

1. Roti di sapu dengan marjerin dan dipotong-potong ( Sha potong kepada 6 bahagian ) dan rendam salam susu segar/susu cair.

2. Masukkan telur , susu segar/susu cair , asen vanilla dan gula dalam 1 mangkuk. Kemudian pukul sampai sebati.

3.  Susun roti dalam bekas yang telah disapu dengan marjerin kemudian tuang bahan yang telah sebati tadi di atasnya.

4. Jika suka anda boleh taburkan dengan kismis. Sha lupa beli kismis nii...huuhuu

5. Bakar selama 20 - 30 minit pada suhu 150 darjah.

6. Biarkan puding roti sejuk sebelum dipotong.





BAHAN-BAHAN KUAH KASTARD

Susu cair 1/2 tin
Asen vanilla 1 sudu kecil
Gula 1 sudu besar
Tepung Kastard 1 sudu besar.

Bila dah sejuk semuanya, boleh potong bila nak makan. Saiz potongan roti yang Sha potong ni sedang-sedang dengan selera Sha , tak kecil tak besar. Siram kuah kastard atas puding roti. Emmmmppph...
En.Suami suka lagi kalau letak dalam peti dulu.


Alhamdulillah. kenyang makan ni.
Selamat mencuba Puding Roti Kuah Kastard.

Kredit : inspirasi daripada Blog CikLaili

10 comments:

  1. senang je rupanya eh. boleh la buat nanti . tq kongsi resepi

    ReplyDelete
  2. Replies
    1. bleh laa bila bosan makan nasi..xrenyah kan

      Delete
  3. hadoi. sedap nyer sha!
    feveret aida ni jugak la.
    just tak pernah buat sendiri.
    hi hihi... nanti aida pinjam resepi ekk.

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..silakan aida...masa rajin buat lerr...lau x sha pon xlalu nk bukak oven..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi