Tuesday, January 03, 2017

HARI PERTAMA ABANG ZARYTH KE TADIKA

ABANG ZARYTH KE TADIKA | 03 januari 2017 ( Selasa ) | Mengikut tahun, tahun ini Abang Zaryth dah berumur 5 tahun. Cepat juga masa berlalu, dalam diam tibalah masa untuk Abang Zaryth memasuki alam persekolahan. Setakat ini Abang Zaryth hanya masuk tadika berdekatan rumah, tengahari transit ke rumah mak pengasuh pula.

Pukul 6.30 pagi dah siap bangun mandi, lepas tu tak bersiap lagi sebab ibu layan Adik Fathia yang tak berapa sihat. Asyik senyum je Abang nii, semangat baru kot nak mengenali sekolah, kawan-kawan baru lagi.

Pukul 7.40 pagi sudah ada dekat tadika, Abang Zaryth orang kedua sampai di situ Cikgu pun sambut dengan senyuman. Selepas  susun kasut Abang Zaryth masuk ke dalam tadika terus nak terjah setiap sudut yang ada siap komen lukisan dalam tadika tu, dia takut lipan katanya walaupun tu gambar ulat bulu..huhuhu..Bila dah masuk lupa dah ibu dan ayah kat luar ni..Nampak macam ok je, lepas salam cium terus Sha dan suami tinggalkan dia bersama dunia baru dia.


Budak tengah seronok, hari daftar bukan main lagi cakap tak nak pegi sekolah kan. Teruja di tempat baru la ni. Masa ni tak ramai lagi yang sampai.


Whatapps daripada cikgu tadika Abang Zaryth. Maka bertambah la group whatapps ibu yea hari ini. Tak henti-henti bunyi telefon bimbit ibu, yela semua pakat nak tahu keadaan anak-anak kat tadika tu. Macam-macam ragam yea, sampai merajuk tak nak makan.

Waktu tadika kemas Abang Zaryth
Pukul 8.00 pagi hingga 12 tengahari

Hari Isnin & Rabu - Baju Tadika KEMAS
Hari Selasa & Khamis - Baju Sukan (Buat masa ini pakai baju tshirt putih + seluar warna biru gelap)
Hari jumaat - Baju bebas.
Laporan Hari Pertama | Tadi tanya ayahnya dah ambil belum Abang kat tadika. Tanya lagi ok ke dia, ayahnya cakap udah pegi cucuk mata kawan dah..adoiii la anak. Tak nak makan pulak tuu...hemm...tu jelaaa cerita Abang Zaryth di hari pertama sekolah. Moga hari-hari lebih baik daripada hari ini yea abang.

Hari pertama Abang Zaryth di Tadika.
Nanti besar baca dan tengok sini jela sayang yeaaa apa Abang Zaryth dah buat..hihihi

8 comments:

Terima Kasih Daun Keladi

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...