HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Sunday, September 18, 2016

DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU ??

DRAMA ABANG BOMBA I LOVE YOU ?? | Wahhhhh...bukan main tajuk drama baru ni..Sha bukan nak cerita pasal drama ni laaa..tapi nak pacak sikit kenangan dekat sini. Tapi tak ada laaa babak cintan cintun dalam kenangan Sha ni..takdak gedik-gedik..ahahaaha..

Sha tak pernah tonton penuh pun drama ini,tapi tengok iklan ada babak pegawai bomba pergi mengajar latihan untuk Kadet Bomba & Penyelamat sekolah tu,macam tertarik pulak nak tonton tapi belum berpeluang.

Kenapa tertarik? Teringat pulak Sha zaman sekolah dulu memang aktif dalam Kadet Bomba & Penyelamat di sekolah. Daripada tingkatan 1 memang sertai Kadet Bomba & Penyelamat ini,tapi masa tu kadet sekolah tak berapa aktif dalam tingkatan 3 barulah nampak aktif dengan aktiviti kawad kaki dan ujian sebagai ahli kadet.
Masuk tingkatan 4 Sha dah berpindah masuk ke Sekolah Menengah Teknik Besut (SMTB) juga memilih menjadi Ahli Kadet Bomba & Penyelamat SMTB. Kecenderungan kearah itu lebih menebal daripada menyertai kadet lain. Pada tahun penyertaan Sha dalam kadet ini rezeki amat luas buat skuad kami sebab antara sekolah-sekolah dalam daerah,sekolah kamilah paling terbaik.....keh3.....puji skuad sikit. Ya,sekolah Sha yang akan mewakili daerah ke perkhemahan peringkat negeri selama 2 tahun Sha berada di SMTB.


Alhamdulillah Sha memiliki Senior dan Junior yang sentiasa bekerjasama di tambah pula dengan ABANG BOMBA yang melatih kami. Mereka yang kami panggil cikgu amat-amatlah kami hormati sehingga kini. Masih berhubung sesama kami ahli kadet,hidup dengan kenangan yang kami kecapi sepanjang melalui suka duka dalam kadet terutamanya kawan-kawan sekolah yang sebaya.

Tidak habis disitu jodoh Sha dan Kadet Bomba & Penyelamat ini, tamat SPM Sha mengambil keputusan untuk menduduki STPM dengan bersekolah di sekolah harian biasa untuk Tingkatan 6 sekali lagi Sha mengambil keputusan untuk menyertai Kadet Bomba & Penyelamat dengan anggapan kadet sekolah ini tidak aktif tambah pula mak sudah pesan jangan terlalu aktif macam dulu. Takdir Sha ,SMTB tidak dapat mewakili daerah tahun itu dan atas beberapa sebab sekolah Sha yang baru perlu mewakili daerah. Ya,cikgu sama yang mengajar Sha daripada tingkatan 3 sehingga Sha tingkatan 6 masih bertugas untuk melatih skuad daerah. Jadi,Sha masih perlu bergerak aktif walaupun tidaklah seaktif berada di SMTB.

TERIMA KASIH CIKGU NARADIN,CIKGU HASYIDAN, CIKGU ZANAFI,CIKGU ILA ,CIKGU ALIAS dll
Antara Pegawai Bomba & Penyelamat Balai Bomba Kampung Raja dan Balai Bomba Seberang Jerteh yang mengajar Sha latihan kawad kaki dan latihan menyelamat.

Kenangan SMAIJ 2000/2002
Kenangan SMTB 2003/2004
Kenangan SMKSN 2005/2006

3 comments:

  1. tak tengok drama tu...baguslah masuk kadet bomba..kenangan yang mahal beruniform bomba

    ReplyDelete
  2. mcm2 skrg drama nih... tajuk pun kadang2 emmm alahai

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi