HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Thursday, June 23, 2016

NOSTALGIA AIDILFITRI

NOSTALGIA AIDILFITRI | Sha pasti kawan-kawan mempunyai nostalgia aidilfitri masing-masing yang tersendiri. Pada zaman kanak-kanak ,remaja dulu menyambut Aidilfitri merupakan sesuatu yang sangat dinanti-nanti walaupun puasa tak cukup...ehehheehhe.

Antara perkara paling yang Sha suka bila hampir tibanya Syawal adalah bertukar-tukar alamat dengan saudara mara dan kawan-kawan untuk berbalas kad raya,dulu pakai duit banyak beli kad raya dan setem. Kadang kala bertanding dengan mereka siapa lebih banyak dapat kad raya,kebanyakkan kad masih ada dalam simpanan Sha hingga hari ini. Zaman sekarang ini memang tak dapat kad raya,kecuali rakan-rakan blogger ada yang bermurah hati menghantar kad raya. Sekurang-kurangnya nostalgia kembali lagi.


Dekat kampung Sha dulu,kalau kawasan rumah tu Sha memang akan jadikan rumah tu rumah pertama pasang pelita. Ikut ayah cari kayu kat hutan untuk pacak pelita sekitar rumah. Ini pun nak tengok rumah siapa paling banyak pelita...hihihihi...Sekarang adik-adik Sha yang ambil tugas itu semua.Malam-malam tak takut nak jalan-jalan rumah saudara mara jalan kaki je,semua jalan terang. Budak-budak sekarang tak macam dulu sangat. Tak meriah sangat lah. Dulu jalan ramai-ramai pergi satu rumah ke satu rumah main mercun,singgah buat bising kejap lepas tu beredar ke rumah lain pulak.

Nostalgia lain yang korang boleh bezakan antara raya dulu dengan sekarang korang boleh tengok kat sini ------>> Anda Masih Ingat Tak Macam Mana Meriahnya Hari Raya Masa Kecil-Kecil Dulu? sekarang orang tua masa Sha kecil-kecil dulu dah ramai yang pulang ke Rahmatullah,jadi kurang sikit meriahnya tak dapat pegi jalan rumah diaorang dah. Sedih betul. Tak ada orang tua tak best wehhh raya.

15 comments:

  1. Sha ingat tak pantun dua kerat ni
    Pecah kaca pecah gelas
    sudah baca harap balas.

    Kirim kad minta balasan hihihi...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha...betul tu kakak...memg mgharapkan balasan sgguh laaa...tggu posmen hari2

      Delete
  2. Tunggu posmen tu yg best, smp kenal bunyi motor abang posmen, kalo takde frust sesungguh.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahaha..sama laa kita..posmen pon bosan dtg umah kite

      Delete
  3. Kemangan beraya masa zaman kanak-kanak memang the best. Dalam otak fikir duit raya je. Hahahahaa

    Dulu pergi rumah orang tak kenal pun slamber je "Assalamua'laikum...! Kami datang nak raya...!

    Kadang-kadang tu bila tuan rumah malas nak layan, tuan rumah bagi duit raya pastu suh main jauh-jauh. ;p

    ReplyDelete
    Replies
    1. hihihi..bwk beg 1 ...blik umh kire..pas tu smbg jln balik

      Delete
  4. bdk2 skang dh xdpt rsa apa yg kita lalui dl..zmn skang mana nk kenal kad raya pe smua 2..yg diorg tau sms ngn ws je..tp itu la zaman brubah kan..yg pnting skang mercun n bunga api masih ada..haha

    ReplyDelete
    Replies
    1. ahahaha..yg tu dilarang pon smpi smpi skrg xluput..

      Delete
  5. paling nostalgia, pasang pelita
    pastu selalu lg 5hr sebelum raya dh mula pasang pelita, berlawan2 ngn umah sebelah mcm2 pesen ikut kretiviti bentuk2 pelita...

    kad raya mana yg dpt tuh duk pakukan kt dinding atau gantung kt pokok2 hiasan...
    skrg semua tu tak rasa dh... blik kg pun takde pelita yg ada lampu kelip2 je

    ReplyDelete
    Replies
    1. betol sgt...suasana dulu meriah sgguh..beza sgt nmpk...

      Delete
  6. Rindu nak kutip duit raya macam kecik2 dulu.. kikiki

    ReplyDelete
  7. Haiii.. farah datang bw. Jemput join segmen bloglist farah ye ^0^

    http://farahsanusi.blogspot.my/2016/07/pencarian-bloglist-by-farah-sanusi.html

    ReplyDelete
  8. bangga kalau dapat kad raya banyak..tanda ramai kawan..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi