Hot Posts

6/recent/ticker-posts

THROWBACK AKTIVITI HARI LAHIR 07.03.2016

THROWBACK HARI LAHIR 07.03.2016 (ISNIN) | Kelmarin Hari Lahir Sha, saja ambil cuti rehat malas nak minta keluar untuk perbaharui lesen memandu, jauh nak ulang ke Ipoh dari Seri Iskandar ni. Maklumlah dulu buat lesen 3 tahun, tahun ni dapat laa merasa lesen baru jadi nak guna gambar terbaru laa..huhuhu..



Sha cuti,En.Suami pun ambil cuti ..Huhuhu..saja la tu nak meneman kerenah isteri seorang ni. Pertama sekali cari sarapan dulu kat dalam UTC IPOH tu je...sebab perut dah lapar sangat,lepas tu baru pergi ke kaunter JPJ UTC Ipoh tu. Ok, sekarang dah pakai lesen versi baru,tak pakai dah lesen liminated tu.

Siap urusan di JPJ,kami ke AEON Kinta City pulak untuk menonton wayang cerita Munafik..lama dah duk peram nak pegi tengok,alang-alang dah cuti tu jadikan aktiviti jela..Lama dah tak tonton wayang berdua ni..Terbaik lah Munafik tuu...lepas hajat..

Lepas tonton wayang, perut dah lapar balik...jadi singgah makan di Restoran Johnnys kat dalam Kinta City tu je...layan bihun tom yam kegemaran kami..tapi 1 la penyakit ,selalu tak rakam gambar bila keluar berdua dengan suami ni..rakam dalam hati jelaa...huhuhu..sebelum gerak keluar,,beli muffin vanilla untuk anak teruna..Zaryth suka betul..

Masa dah 2.30 petang gerak balik dah, sebelum ambil anak-anak dekat rumah pengasuh sempat singgah gunting rambut kejap. Memandangkan sekarang ni musim panas dan selepas pantang hari tu belum pernah potong lagi , kita ubah sikit imej bagi selesa dan senang nak urus.

Lepas selesai gunting rambut,singgah kedai kejap beli barang dapur sikit dan minum-minum basahkan tekak. Last,,amik anak-anak. Lawak betul muka adik fathia...dia tengah lepak depan pintu rumah pengasuh dia,merenung apa entah laaa...baru lepas mandi..muka putih melepak dengan bedak..duk gelakkan Fathia lupa nak snap muka dia masa tu..

Sekian,

[ Saja pacak cerita kat sini ]

Post a Comment

0 Comments