Hot Posts

6/recent/ticker-posts

TIPS JAGA KANTA LEKAP


Assalamualaikum kekawan...
Walaupun ambe tak pakai kanta lekap nii...tapi ambe nak kongsi jugak laa...sebab ramai kekawan ambe yang pakai niii
-----
Kanta Lekap = alat pembetulan @ kanta terapeutik yang biasanya diletak pada kornea mata
-----
Fungsi = Atasi masalah rabun bagi menggantikan cermin mata
= Tujuan kosmetik kerana ia boleh didapati dengan pelbagai warna.
Sifat = Lebih ringan dan tidak begitu kelihatan.
-----
TIPS PENJAGAAN

1. Pastikan tangan bersih

Basuh tangan anda dengan air suam atau sabun.
Untuk elakkan kotoran yang ada pada tangan melekat pada kanta lekap anda dan menyebabkan kesakitan dan pedih pada mata.

2. Bersihkan bekas kanta lekap

Bersih bekas kanta setiap kali selepas digunakan.Bilas dengan larutan pencuci kanta lekap beberapa kali dan biarkan kering. Tukar bekas ini setiap bulan atau seperti yang disarankan oleh pengeluarnya.

3. Jangan tidur menggunakan kanta lekap.

Boleh menyebabkan mata mengalamai masalah oksigen. Hal ini akan menyebabkan kanta lekap kering dan lekat pada mata sehingga sukar ditanggalkan.

4. Kanta Lekap Tamat Tempoh

Ketahui jangka masa kanta lekap anda!!!

5. Pakai Kanta Lekap Di Lokasi Sesuai

Jangan pakai di tempat bersuhu tinggi seperti ketika memasak atau sauna. Ini kerana,ia bersifat lembut ( 42 % kandungan air ) akan menjadi keras dan mencengkam mata.

Sekian Laporan.....hehhee

Post a Comment

2 Comments

  1. tip yang bagus...berguna utk naniey..hehe

    ReplyDelete
  2. Wahh berguna sungguh :) mata selalu merah sebab terlalu lama pakai :'(

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi