Hot Posts

6/recent/ticker-posts

METADON & WANITA

Assalamualaikum,,,
Haaa..pepagi tak de idea...
Jadinya ambe nak berkongsi sedikit info tentang Metadon & Wanita
Mungkin tidak ramai yang ingin tahu..
Sebabnya Metadon adalah suatu rawatan sebagai gantian dadah berbahaya ( heroin dan morfin ) bagi penagih tegar.
Bidang kerja ambe walau tak secara langsung...tapi terlibat jugak laa..

-------
Wanita mungkin akan berhenti kitaran haidnya bila mereka mula mengambil metadon. Terdapat banyak alasan lain kenapa kitaran haid menjadi tidak menentu :
Mengandung
Tekanan
Amalan pemakanan tidak sihat
Berat menambah dan berkurang
Putus Haid
Masalah kesihatan lain
Perubatan lain
-----
Jika anda mengandung, jangan bimbang tentang metadon. Ini kerana :

  • Perempuan mengandung yang menjalani rawatan metadon akan mengalami beberapa kompilasi sahaja semasa mengandung dan melahirkan anak berbanding dengan penagih tegar.
  • Kajian metadon telah dibuat secara meluas ke atas ibu mengandung.
  • Mengambil metadon semasa mengandung boleh mencegah keguguran dan tekanan.
  • Pengurangan dos metadon semasa trimester pertama dapat meningkatkan risiko keguguran.
  • Semasa mengandung, dos anda hendaklah bersesuaian bagi mengelak daripada ketagihan, tabiat dadah jalanan serta mengelak daripada penarikan diri dari rawatan metadon.
BAYI
  • Mengikut kajian yang dibuat, ramai bayi telah dilahirkan daripada ibu yang mengambil metadon
  • Jangan sekali-kali cuba memberikan metadon kepada bayi anda. Ianya boleh membawa maut.

PENYUSUAN SUSU IBU
  • Pengambilan metadon tidak memberi kesan dalam proses penyusuan susu ibu kepada bayi.
  • Bayi menyusu susu ibu akan menerima sedikit sahaja kuantiti metadon
  • sekiranya anda ragu-ragu , sila berbincang bersama doktor anda sebelum memutuskan sama ada hendak melakukan penyusuan ibu kepada bayi atau tidak.

Sumber : Cawangan AIDS/STD Jabatan Kesihatan Negeri Perak.

Post a Comment

4 Comments

  1. Salam Sha...

    Saya ada tag Sha kat sini http://blog-wafee.blogspot.com/2014/05/liebster-award-from-anne-nurain.html

    ReplyDelete
  2. perkongsian yg baik.. puan blog ni ahli farmasi ke..? waa..

    ReplyDelete
  3. @Wafee ehehe..tq tagging....huuuuuu....igt xde org nak tagging kiteee..

    ReplyDelete
  4. @Pha Is Xde laaa....klien farmasi tu klien saya... :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi