HOME CONTACT SIAPA SAYA NOTA TUTOR NOTA CUTI NOTA RESEPI AIDY REVIEW SILERA CHIA SEED

Tuesday, June 07, 2011

~ APA ADA PADA BUDU?? ~

Fuuuhhh......
Sedap dimakan bersama ulam-ulaman....perah limau sket....penyet2 cili kecik....ikan tawar....
Maveeeeeeluuuussssss......Hhehhehehehe...

Mengikut BERITA HARIAN...Dalam kolum Gerbang Negeri tulisan Anwar Hussin.....mengatakan..:
kajian yang dilakukan pakar pemakanan didalam dan diluar negara termasuk Jepu, Amerika Syarikat dan Australia membuktikan bahawa budu mempunyai banyak khasiat kerana makanan itu mengandungi glunaione ( bahan antioksidan ), mengeluarkan sisa toksid dan mampu meningkatkan daya tahan tubuh ( imun ) yang dapat memerangi pelbagai penyakit,mengatasi kedutan  sebelum waktunya,anda disarankan supaya menikmati budu kerana kajian mendapati makanan ini berpotensi melawan radikal bebas, sekali gus mampu menghalang proses penuaan.

Penyelidik Alam Sekitar Dan Bioproses Pusat Teknologi SIRIM, Hamidah Sidek :
" berpotensi tinggi dalam pertumbuhan sel kulit, membentuk sel biak terbaik terhadap kalogen serta bersifat elastin, budu dikatakan mempunyai nisbah 50% dalam membantu dari segi antipenuaan"
" Berdasarkan penyelidikan terperinci,proses sintesis terhadap kalogen didapati lebih baik daripada vitamin C berdasarkan kendungan makanan itu."  

SIRIM pernah keluarkan produk kosmetik budu ( pembersih, krim kulit, & serum kecantikan kulit ) berjenama BK ( Budu Kelantan @ Budu Ketereh )

Universiti North Carolina, Amerika Syarikat : " Unsur genestein dan phytoestrogen yang terdapat dalam budu terbukti dapat mencegah penyakit kanser, proses penuaan dan barah payudara"

BUDU punya persamaan dengan??
- Patis di Filipina
- Ketjap-Ikan di Indonesia
- Ngapi di Myammar
- Nuoc Mam di Vietnam
- Ishiru @ Shottsuru di Jepun
- Colombo-cure di India & Pakistan
- Yeesu di China
- Aekjeot di Korea

Info : Budu Cap Ketereh- Budu pertama yang dapat pengiktirafan Harta Intelek Negara pada 2007

1 comment:

  1. wah..klo mcm ni x yah suntik botox..suntik budu pon da nampak muda pas ni

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi