3 Hari Bertugas Untuk Program Jerayawara | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Tiba rasa rindu nak menulis walaupun tak adalah rasa nak menulis panjang lebar. Cuma nak hilangkan rindu pada blog. Jadi Sha nak simpanlah sedikit kenangan program tiga hari berturut-turut iaitu Program Jerayawara Sempena Sambutan Peringatan Hari Antidadah Tahun 2024.
Tahun ini memandangkan kami satu daerah dengan cawangan negeri dan semestinya paling dekatlah, jadi biasanya memang akan turun membantu.
Dari minggu lepas sebenarnya Sha jarang ada di pejabat, memang banyak tugasan luar sekurang-kurangnya untuk setengah hari. Semuanya demi memenuhi jemputan pameran yang ada, tambah pula bulan ini kita ada Hari Belia Negara.
Bila berada di dalam unit pencegahan dan kesedaran awam, memang kena sedia mental dan fizikal sebenarnya. Mana tidaknya, kitalah yang selalu keluar berhadapan dengan komuniti, jabatan lain dan kita jugalah tukang angkut papan pameran.
3 Hari Bertugas Untuk Program Jerayawara
Tugas Hari Pertama Sebagai Urusetia "Live Streaming"
Untuk tiga hari bermula pada hari Ahad yang lepas iaitu pada 19 Mei 2024, Sha ditugaskan untuk melaksanakan live streaming di facebook. Tapi persediaan kali ini tidaklah tertekan seperti sebelum ini kerana ini kali kedua Sha diamanahkan untuk tugas ini. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar, walaupun adalah masalah "bunyi".
Sha bersama Pengarah AADK Negeri Perak, Ikon Antidadah dan pegawai lain. |
Selepas ini Pengarah ada sebut nak live di Tik Tok, wauu nampaknya kena ramailah yang belajar untuk live streaming ni dan kelengkapan kenalah padu barulah live cantik.
Tugas Hari Kedua Sebagai Petugas Bas Pameran
20 Mei 2024 (Isnin) Hari kedua Sha bertugas di lokasi kedua Jerayawara iaitu SMK Simpang Pulai, Ipoh Perak. Nasib baik untuk naik bas hanya untuk Tingkatan 1 dan Tingkatan 2 sahaja, itu pun rasa nak pengsan ada dalam bas walaupun bas ada penghawa dingin.
Sha bersama adik-adik SMK Simpang Pulai yang pernah menyertai program Institusi Pendidikan Bebas Dadah akhir bulan April yang lepas. |
Tugas Hari Ketiga Sebagai Urusetia Pendaftaran Skuad Antidadah.
Bersama jawatankuasa yang ada |
2 Comments
Penat juga handle program ni. Bila dah selesai baru lega.
ReplyDeletesyok bila bertugas luar bukan semata di pejabat tapi penat kan
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi