Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Sunscreen Aloe Vera SPF50 - Krim Siang Terbaik Yang Mesra Wuduk Dan Bagus Untuk Elak Kulit Kusam

Sunscreen Aloe Vera SPF50 - Krim Siang Terbaik Yang Mesra Wuduk Dan Bagus Untuk Elak Kulit Kusam



Assalamualaikum dan salam sejahtera.


Dulu selalu kawan baik di pejabat tegur, sebab tak pernah nampak saya pakai sebarang krim perlindungan kulit. Beliau membebel jugalah tentang kepentingan menjaga kulit wajah untuk mengelak kemudaratan pada masa hadapan. Antara yang beliau selalu pesan, walaupun malas macam mana pun kita perlu ada sunscreen dalam beg tangan dan pakailah.


Selepas melihat sendiri keadaan kulit, barulah saya tersedar memang saya abaikan kulit saya. Makin bertambah umur makin nampak ketara perbezaan kulit di usia muda dengan umur sekarang.


Antara masalah kulit yang saya hadapi adalah kulit kusam dan berjeragat. Dulu saya tak perasan, tapi bila berada di tempat cahaya terang saya boleh nampak tompokan hitam pada wajah saya sendiri. Tipulah jika saya cakap saya tidak risau. Perempuan mana yang nak nampak tua sebelum waktunya kan?


Akhirnya saya mengambil keputusan untuk menggunakan sunscreen secara rutin harian saya. Dan saya telah memilih untuk menggunakan Aloe Vera Sunscreen daripada Hansaegee Nature.



Aloe Vera Sunscreen Sesuai Untuk Semua Jenis Kulit



Anda rasa saya kulit jenis apa? Kulit saya jenis yang berminyak. Kulit berminyak pada saya sangat mudah membawa masalah kulit lain terutamanya masalah jerawat dan jeragat. Masalah ini memang sangat menghantui saya dan membuatkan saya tidak selesa ketika berhadapan dengan orang sekeliling.


Jadi di sini saya memang syorkan kepada anda yang sedang mencari sunscreen yang sesuai untuk kulit berminyak bolehlah mencuba Aloe Vera Suncreen daripada hansaegee Nature ini.


Selain kulit berminyak, Aloe Vera Sunscreen ini juga sesuai untuk jenis kulit kering. Jadi anda tidak perlu bimbang kerana ia merupakan hybrid sunscreen yang mana dibuat hasil gabungan teknologi terbaik.



Krim Siang Terbaik

Aloe Vera Sunscreen boleh dikatakan sebagai krim siang terbaik. Ia boleh dijadikan asas solekan yang baik kerana ia mampu merawat pori terbuka sekali gus membuatkan ia sunscreen yang bagus untuk diamalkan setiap hari.



Apa yang bagus, Aloe Vera Sunscreen ini adalah sunscreen SPF 50 pa+++ terbaik yang mana baik untuk kulit kita kerana hasil kajian SPF 50 mampu menahan 98 peratus radiasi sinar UVB.


Walaubagaimanapun ini penggunaan sunscreen ini perlu di reapply 2 jam sekali jika berada di luar dan 4 jam sekali jika berada dalam ruangan tertutup. Ini kerana suncreen tidak dapat melindungi kulit kita untuk sepanjang hari.


Kesan Selepas Memakai Sunscreen


Apa yang saya perasan selepas memakai sunscreen ini, kulit menjadi lebih lembut berbanding sebelum ini.



Memakai sunscreen juga membantu warna kulit kita menjadi lebih sekata. Anda tengok sahaja perbezaan tangan saya sebelum dan selepas, kulit sebelumnya nampak lebih kering manakala selepas nampak lebih lembut dan segar.


Yang paling penting tiada tompok putih dan ia blend dengan warna kulit kita.


Selepas memakai sunscreen ini pada muka saya rasa lebih yakin untuk keluar rumah. Bukan apa, biasanya setiap kali memakai apa-apa krim pada muka saya berasa tidak selesa kerana berminyak. Tetapi tidak kali ini kerana ia lebih ringan, lembut, tidak berminyak dan tidak melekit pada kulit. Pendek kata kulit saya rasa segar sepanjang hari walaupun bekerja di luar pejabat.


Waktu Yang Sesuai Untuk Pakai Sunscreen


Kita digalakkan menggunakan sunscreen 15-30 minit sebelum keluar rumah, tidak kiralah waktu itu hujan atau mendung. Waktu panas apatah lagi kan, sangat wajib pakai sunscreen.

Penggunaan ini adalah untuk mengurangkan risiko kerosakan kulit kita.



Pemakaian awal sunscreen ini adalah untuk memastikan kulit kita telah menyerap kebaikan sunscreen dan bersedia untuk melindungi kulit kita daripada sinar matahari terik. Maklumlah negara kita ini terkenal dengan musim panas dan lembap.


Pengalaman sendiri memang wajiblah pakai sunscreen sebabnya setiap hari memang terdedah pada sinar matahari di luar.



Sunscreen Yang Boleh Basuh Dengan Air



Saya sebenarnya cerewet dengan krim yang saya pakai. Saya biasanya akan pilih krim yang mudahkan saya untuk saya cuci, kalau nak ambil wuduk pun tidak perlu kerja keras nak cuci muka.


Korang jangan risau, saya katakan sunscreen ini mesra wuduk kerana ia sebati dengan air jadi ia mudah untuk kita basuh atau cuci muka.


Untuk membuktikan ia memudahkan saya mengambil wuduk, anda boleh tengok di bahagian yang saya gosokkan dengan air pada kulit yang memakai sunscreen, ia bertukar menjadi putih susu maksudnya ia mudah sebati dengan air bukan? Maksudnya sunscreen ini tidak kalis air malah mudah bilas.



Kenapa sunscreen ini tidak melekit? Pastinya bahan asas bukan daripada minyak. Anda boleh tengok pada kertas yang saya sapu dengan sunscreen ini, tiada kesan tompokan minyak. Pada yang pernah lihat minyak terkena pada kertas, mesti anda akan faham maksud saya.



Cara Memakai Sunscreen Dengan Betul





Selepas anda amalkan rutin pembersihan wajah dengan pembersih muka, anda boleh terus gunakan sunscreen. Nak pakai Aloe Vera Sunscreen mudah sahaja, calit terus sapu seluruh wajah pun dah siap. Pastikan anda pakai menyeluruh di bahagian yang terdedah kepada sinar matahari.


Penting untuk anda tahu kelebihan memakai sunscreen SPF 50 ini kerana ia tidak menampakkan kulit kita bercapuk, tiada white cast. Sekali gus kulit kita nampak natural dan lebih cantik apabila terkena cahaya matahari.



Kesimpulan


Suka saya simpulkan di sini, walaubagaimana sibuk pun kita tidak kira lelaki atau perempuan perlu ada stok sunscreen dan kalau boleh carilah sunscreen SPF 50. Jadi demi memastikan kesihatan kulit wajah dan mengelakkan kemudaratan pada kulit kita wajib mengurangkan risiko dengan perlindungan. Selain untuk kesihatan kulit wajah, disebabkan penjagaan kulit yang baik ini jika anda perasan selepas cuci pun kulit kita terasa lebih lembut berbanding sebelum ini.



Jadi tak adalah isu kulit nampak kusam selepas kita mencuci muka. Orang perempuan kan tak suka wajah nampak pucat.


Jom cuba Aloe Vera Sunscreen sekarang.


Untuk mendapatkan maklumat lebih lanjut korang boleh sahaja perkongsian yang Hansaegee Nature sediakan untuk korang di laman-laman perkongsian mereka seperti dibawah :

 

Brand: Hansaegee Nature


Post a Comment

0 Comments