Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada Iphone

Cara Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada Iphone | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.

Kalau tak kerana ada tugasan yang memerlukan rakaman skrin telefon pintar, tak pernah Sha ambil tahu macam mana nak rakam skrin handphone.

Sebelum ini Sha ingatkan Sha perlu muatnaik aplikasi tertentu untuk buat rakaman skrin handphone rupanya tak perlu pun.




Cara Aktifkan Fungsi Rakaman Skrin Pada Iphone

Sebelum ini Sha pengguna android dan baru sahaja menggunakan telefon pintar jenama Iphone. Tapi itulah memandangkan Sha sejenis pengguna telefon pintar yang tidak berapa suka explore apa fungsi yang ada pada sesuatu telefon jadi banyaklah yang Sha tidak tahu.

Rugilah kan kalau beli telefon pintar tapi tak gunakan kepintaran yang ada..ehehehe. Jadi korang yang menggunakan sudah tahukah bagaimana cara merakam skrin iphone korang? Ya, caranya mudah sahaja dan tidak memerlukan kita membazir ruang dengan memuatnaik sebarang aplikasi di Appstore.


Langkah-Langkah Mengaktifkan Screen Recording Pada Iphone


Pertama sekali korang perlu pergi ke bahagian menu Setting

Bila klik pada setting korang akan nampak paparan seperti dibawah.


Kemudian korang buat carian di bahagian atas dengan mencari "Customise Controls"  seperti berikut. Korang klik pada fungsi tersebut.



Apabila customise controls keluar, korang akan lihat satu senarai fungsi-fungsi yang ada pada Iphone. Apabila muncul paparan seperti dibawah, korang klik pada tanda + "Screen Recording" untuk meletakkannya pada "Control Centre".

 

Selepas klik pada tanda +, screen recording nanti akan naik ke bahagian  included controls bersama funsi lain yang korang dah tetapkan sebelum ini.

Sebenarnya Sha baru tahu pasal included control ini, huhuhuh.. teruk kan? Tapi tak apalah dapatlah belajar macam mana nak setting fungsi penting dalam Iphone supaya berada di skrin hadapan.


Selepas itu korang akan nampak pada Control Centre menu untuk merakam skrin. Jika korang ingin merakam skrin korang hanya perlu ke Control Centre ( Scroll skrin ke bawah ) dan klik pada tanda "Screen Recording" tersebut.


Sebelum membuat rakaman skrin, korang siap sedia terlebih dahulu dengan page yang korang ingin rakam. Selepas korang klik butang Screen Recording kerja-kerja merakam akan bermula dalam kiraan tiga.

Bila ikut semua step rupanya mudah sahaja nak buat rakaman skrin ini kan? Moga perkongsian ini memberi manfaat kepada pembaca. Harap selesailah masalah korang yang perlu membuat rakaman skrin selama ini.

Post a Comment

1 Comments

Terima Kasih Daun Keladi