Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Kelebihan Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature SPF 50

Kelebihan Menggunakan CC Cream Hansaegee Nature SPF 50 | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Sudah masuk minggu ke-3 negeri Perak menjalani Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa 2. Ini bermaksud sudah 3 minggu Sha masuk bekerja di pejabat kembali. Tapi dalam seminggu hanya 2 kali sahaja perlu masuk pejabat, 3 hari lagi Bekerja Dari Rumah (BDR). Sepanjang BDR Sha terasa agak penat lebih dari hari bekerja di pejabat, maklumlah bila di rumah sudah ada tanggungjawab baru iaitu sebagai guru kepada Abang Zaryth dan Adik Nur. Kerja rumah lain seperti mengemas dan memasak juga harus dilaksanakan seperti biasa.


Elak Kulit Kusam Bersama CC Cream Hansaegee Nature

Walaupun duduk di rumah dan jarang keluar Sha tetap menitik beratkan kesihatan kulit agar tetap nampak berseri dan berkeyakinan. Tidak mustahil kita dapat jaga kulit daripada nampak kusam apabila kita menggunakan produk yang baik dan serasi dengan kulit kita. Macam Sha, Sha bersyukur dan berpuas hati apabila dipertemukan dengan produk kecantikan daripada Hansaegee Nature iaitu Gold Nano CC Cream.

 


Jika korang masih ingat Sha pernah berkongsi tentang Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini. Yang mana sebelum ini Sha tunjukkan Gold Nano CC Cream ini membantu kulit Sha nampak segar dan sekata. Kali ini Sha suka untuk berkongsi beberapa kelebihan memakai Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ini.


Kelebihan Menggunakan CC Cream SPF 50 Hansaegee Nature


#1 Mudah Digunakan Pada Wajah

Sebenarnya Sha adalah antara sebilangan orang yang nak cantik tapi malas. Jangan tak percaya! Kalau boleh Sha nak mempunyai krim yang boleh dipakai cepat dan boleh melindungi kulit Sha daripada sinaran matahari. Selain nak cepat, mestilah Sha nak yang bagus dan berbaloi. Sha percaya kat luar sana ramai kan yang macam Sha, suka yang ringkas tapi nak nampak cantik. Jadi korang kena baca kelebihan Gold Nano CC Cream ini sehingga Sha nak berkongsi lagi dengan korang tentang produk ini.


Mana tak senang nak pakai Gold Nano CC Cream ini. Sha hanya letak pada jari sahaja, kemudian calit pada setiap bahagian wajah. Selepas itu, Sha ratakan sahaja ke seluruh wajah sehingga setiap bahagian dilitupi oleh CC Cream. Macam mana? Mudah sahaja kan nak cantik-cantik tak kira duduk rumah sahaja ataupun nak keluar. Kalau nak keluar lagilah nak bersiap kan? Lama-lama tak bersiap nak juga cantik berseri. 


#2 Perlindungan Daripada UV Dengan SPF50++

Sejak ada seorang rakan selalu berkongsi bahayanya sinaran matahari berlebihan untuk kulit, Sha mula mengambil berat tentang produk yang boleh membantu memberi perlindungan UV. Maklumlah bukan semua CC Cream mempunyai fungsi melindungi kulit kita daripada sinaran UV berlebihan. Kebanyakkan CC Cream dipasaran lebih kepada menutup cela dikulit wajah kita.


Dengan kandungan SPF50++ Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature ia dapat memberi kedua-dua kebaikan iaitu melindungi kulit daripada sinaran UV berlebihan dan juga menutup cela kulit kita supaya nampak natural. Jadi jimat tak perlu beli beberapa produk untuk menjaga kulit kita.


#3 Tekstur Krim Yang Ringan


Yang ini paling menarik untuk Sha ulang beli Gold Nano CC Cream ini kerana teksturnya yang ringan. Kenapa best bila tekstur ringan? Sha rasa tak comot bila pakai krim ini. Terdapat sesetengah krim akan buat kita selesa dan ada yang buat kita rimas. Jadi dengan Gold Nano CC Cream ini buat kita rasa seperti biasa dan semula jadi.

Bila tekstur ringan, krim mudah dicuci dan tidak menyebabkan liang-liang kulit kita tersumbat. Sebagai seorang wanita Islam, produk yang mudah dicuci amatlah dititik beratkan supaya kita mudah nak cuci. Bukan apa, bila kita nak solat pun senang tak ada rasa berat nak cuci nak bersiap balik. Bila waktu malam nak tidur pun mudah nak cuci tak ambil masa yang lama. Jadi bila penat tak adalah kita tertidur tanpa cuci muka.


#4 Pembungkusan senang dibawa kemana sahaja 

Sebelum membeli apa-apa produk penjagaan diri, selain melihat fungsi dan harga barangan Sha suka lihat botol atau cara pembungkusan produk. Bukan apa, kenalah beli yang saiznya memudahkan kita nak bawa ke mana-mana. Kalau besar mungkin agak berat nak bawa, tapi dengan Gold Nano CC Cream Hansaehee Nature ini memang direka dengan saiz yang cun! Memandangkan Sha sejenis yang simple, suka bawa beg tangan yang tak besar, saiz Gold Nano CC Cream ini memang cantik. 

Bukan sekadar tekstur sahaja ringan tapi botol pun ringan dan comel. Saiznya lebih kurang sebesar telapak tangan sahaja. Paling penting penutup botol krim yang jenis kunci twist membuatkan kita rasa yakin nak letak dalam beg tangan. Kadang-kadang risau kalau bawa krim dalam beg, takut terbuka penutup. Gold Nano CC Cream ini memang sesuai nak bawa ke mana-mana kerana bentuk tiubnya yang memudahkan kita nak guna. Sesetengah produk letak dalam bekas, pengguna kena cuit dengan jari macam tak sesuai nak bawa dalam beg tangan. Betul tak?


Sebenarnya dalam mendapatkan sesuatu produk krim sebegini, yang Sha paling suka jika kita pakai krim tapi kulit kita masih nampak natural. Sebab itulah Sha menyarankan korang mencuba Gold Nano CC Cream ini. Calit CC Cream sudah nampak macam pakai bedak, pakai foundation padahal hanya dengan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature.



Sha bukan apa korang, selalu juga jumpa orang yang suka pakai krim tak kena dengan wajah. Jadi untuk elak korang nampak pelik atau terlebih putih korang kena pilih CC Cream yang sesuai. Gold Nano CC Cream memberi kesan yang baik dan tidak bercapuk. Paling penting muka tidak berminyak dan tak nampak pelik kerana ia akan blend dengan warna kulit asal kita.


Bagaimana Cara Untuk Mendapatkan Gold Nano CC Cream Hansaegee Nature


Brand: Hansaegee Nature 

Website: www.hansaegee.com/shop

IG page: https://www.instagram.com/hansaegeenature/

FB page: https://www.facebook.com/HansaegeeNature

Youtube page: https://www.youtube.com/c/HansaegeeNatureMalaysia


Post a Comment

2 Comments

  1. Wow... Menarik.. skrg ni dok rumah pun kena melawa gak... Pahala lebih sikit ye dak.. hehe

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi