Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Senarai Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) Seluruh Malaysia

Senarai Pusat Pemulihan Narkotik (PUSPEN) Seluruh Malaysia | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Tahukah korang Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik (PUSPEN) AADK atau dahulunya lebih dikenali sebagai Pusat Serenti terdapat diseluruh Malaysia? Walau apa pun nama diberi, fungsinya tetap sama iaitu untuk membantu memulihkan dan mengembalikan kehidupan kepada klien semula.

Pemulihan penagihan dadah memerlukan usaha sepanjang hayat kerana penagihan dadah adalah satu penyakit kronik yang mudah berulang (chronic relapsing disease) dan berpanjangan. Ini bermakna, penagihan dadah ini akan kekal dengan individu yang menyalahgunakannya pada masa yang panjang, di mana terdapat individu yang bergantung dengan dadah untuk hidup. Namun, individu yang terlibat dalam penagihan dadah ini boleh dipulihkan dan mampu berhenti menggunakan dadah.


Penagihan dadah menyebabkan individu sukar untuk berfungsi dalam kehidupan sehariannya. Ia memberi kesan kepada bagaimana individu tersebut bertindak dengan keluarganya, di tempat kerja dan dalam masyarakat. Ia adalah sesuatu yang sukar dan mencabar bagi mengubah banyak perkara pada satu-satu masa dan tidak kembali kepada tabiat yang lama.


Menyedari cabaran tersebut, AADK melalui Bahagian Rawatan Perubatan dan Pemulihan (BRPP) telah mengambil inisiatif dengan melaksanakan pelbagai pendekatan dalam program rawatan dan pemulihan dadah seiring dengan dasar AADK dengan menyediakan rawatan dan pemulihan yang holistik, menerima penagih dadah sebagai pesakit dan mengembalikan penagih dadah sebagai individu yang berfungsi untuk diri, keluarga dan masyarakat.


AADK menyediakan rawatan dan pemulihan yang komprehensif melalui pendekatan pemulihan dalam institusi dan pemulihan dalam komuniti. Penekanan telah diberikan kepada pelaksanaan program psikososial, rawatan perubatan dan latihan kemahiran dan kerjaya serta meluaskan pendekatan kerohanian dan keagamaan.


Senarai PUSPEN Seluruh Malaysia.



Untuk pengetahuan semua, bagi memberi perkhidmatan yang lebih baik, PUSPEN telah dikategorikan mengikut kategori bersesuaian dengan beberapa faktor klien. Seperti yang korang lihat, di Malaysia hanya terdapat satu PUSPEN yang 100% disediakan untuk klien wanita iaitu di PUSPEN Bachok, Kelantan.


PUSPEN Sukarela


Selain menyediakan pusat pemulihan dadah yang mana mendapat perintah daripada mahkamah, AADK juga menyediakan PUSPEN sukarela. PUSPEN sukarela ini terdapat di beberapa negeri. Walaubagaimanapun, ianya juga mempunyai kategori masing-masing. Contohnya PUSPEN Seri Iskandar disediakan sebagai tempat pemulihan peluang kedua kepada klien yang bekerja dan juga yang sedang belajar dengan beberapa prosedur yang ditetapkan.


Rawatan Dan Pemulihan Di Institusi 


Berperanan sebagai Pusat Pemulihan yang menyediakan program rawatan dan pemulihan kepada mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah oleh mana-mana Pegawai Perubatan Berdaftar. AADK turut mempunyai 30 buah PUSPEN diseluruh Malaysia yang menyediakan peluang rawatan dan pemulihan kepada seluruh rakyat Malaysia yang berhadapan dengan masalah penagihan dadah.


Mana-mana individu yang telah disahkan sebagai penagih dadah akan disyorkan menjalani rawatan dan pemulihan di PUSPEN sama ada secara sukarela di PUSPEN Sukarela di bawah seksyen 8(3)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983 atau melalui perintah mahkamah di PUSPEN Perintah Mahkamah di bawah seksyen 6(1)(a) Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.


PUSPEN turut menyediakan rawatan dan pemulihan kepada klien remaja yang berhadapan dengan masalah penagihan dadah berdasarkan peruntukan seksyen 9 Akta Penagih Dadah (R&P) 1983.


Perkhidmatan yang disediakan di PUSPEN adalah berdasar keperluan kepulihan setiap klien yang mempunyai pelbagai latar belakang, sejarah penagih, jenis dadah yang diambil dan sebagainya bagi memastikan mereka dibantu mencapai matlamat kepulihan, berteraskan Konsep dan falsafah Tiada Rawatan Tunggal dan penagih dadah adalah pesakit kronik dan mudah relapse. Jadi korang boleh rujuk di senarai pusat serenti yang ada di Malaysia ini.


Kepulihan Sepanjang Hayat


Walaubagaimanapun kepulihan seseorang klien adalah sepanjang hayat mereka. Jadi jangan terus menyalahkan dan mengungkit kesalahan lampau mereka. Jika nampak perubahan positif mereka, teruskan menyokong. InsyaAllah dengan usaha dan sokongan daripada insan sekeliling dapatlah mereka kembali bersih daripada najis dadah. Jika korang tak boleh handle, boleh cuba rujuk ke pusat pemulihan dadah yang ada.



Post a Comment

3 Comments

  1. terima kasih atas perkongsian
    betul tu...kita kena cuba bagi semangat dan peluang untuk mereka berubah :)

    ReplyDelete
  2. Oooo baru tau PUSPEN ada kategori dia masing-masing.. Ingatkan semua pusat sama jea,.. rupanya ada kategori jugak... Bagus perkongsian nie..

    ReplyDelete
  3. Terbaik perkongsian page ni..baru tahu berkenaan PUSPEN ni..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi