Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Pertama Kali Beli Tiket Bas Secara Online

Pertama Kali Beli Tiket Bas Secara Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera. Agak lama Sha tak bercerita di blog. September yang agak sibuk, selamat datang Oktober. Semoga Oktober ini juga kita dapat lalui dengan kekuatan dan kemudahan oleh Allah S.W.T. Minggu lepas Mak Sha dimasukkan ke wad Hospital Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan atas sebab masalah penyakit kencing manis jadi Sha mengambil keputusan untuk bersama adik-adik dikampung untuk memberi semangat kepada Mak. Memandangkan Mak dan adik sudah ada di Kota Bharu, jadi Sha terus ambil bas ke Kota Bharu dan tidak ke Jerteh seperti sebelum ini. Mengambil bas dari Seri Iskandar, Perak ke Kota Bharu Sha meminta pertolongan dari staf kaunter bas untuk tempahan tiket kerana kesuntukkan masa untuk ke kaunter. Untuk pulang balik ke Perak Sha sendiri menempah tiket melalui online untuk perjalanan dari Kota Bharu ke Perak. Untuk makluman korang kebiasaanya Sha suka menggunakan perkhidmatan bas Kesatuan, tetapi untuk ke Kota Bharu baru-baru ini Sha menggunakan bas Ekspress Mutiara. Balik ke Perak yang menempah tiket bas online bagi bas Ekspress Perdana.
 

 

Tempah Tiket Bas Ekspres Perdana Secara Online


Sebenarnya Sha tak pernah beli tiket bas secara online sebelum ini, tetapi memandang Sha kesuntukkan masa untuk ke stesen bas dan beli tiket secara terus di kaunter jadi terpaksalah beli secara online. Nasib baik belah Pantai Timur ini banyak pilihan bas. Lepas memilih syarikat bas yang diyakini, Sha yakin dengan sistem pembelian tiket online di www.ekspresperdana.com.my. Sha pernah cuba untuk beli secara online dimedium lain tetapi menghadapi beberapa masalah seperti tak boleh klik pada pilihan kerusi dan asyik keluar error. Alhamdulillah melalui ekspresperdana.com.my Sha dapat beli dengan tanpa sebarang masalah.

Cara Beli Tiket Bas Online

Membuat tempahan tiket bas secara online sebenarnya amat memudahkan kita dan jimat masa untuk ke stesen bas. Di sini Sha akan tunjukkan cara membuat tempahan tiket bas menggunakan www.ekspresperdana.com.my .

tempah tiket bas online 
 
Untuk membuat tempah kita perlu sign up terlebih dahulu dan log in. Selepas log ini kita akan terus ke laman page seperti di bawah :

 
Jadi kita masukkan tarikh yang kita mahukan. Seperti contoh yang Sha masukkan di atas kita boleh nampak harga tiket, masa bertolak dan baki kerusi kosong. Selepas itu klik pada bahagian maklumat tiket dan klik next.


Selepas klik pada next, kita akan nampak seperti di atas untuk kita pilih tempat duduk mana sama ada mahu duduk di bahagian atas atau bawah. Selepas klik pada kerusi yang kita mahukan, masukkan nama penumpang dan no telefon. Siap masukkan nama nombor telefon kita teruskan lagi.

 
Apabila kita dah teruskan kita akan nampak maklumat perjalanan kita siap dengan nombor perjalanan yang akan kita naik. Kat sini kita boleh pilih untuk ambil insurans atau pun tidak. Jika beli secara online, kita akan dikenakan cas sebanyak Rm 2.00. Akhir sekali korang boleh pilih Payment Method dengan klik pada bahagian Pay Now. Bila dah tahap ini kita boleh pembayaran online biasa.


Selepas pembayaran dibuat kita akan menerima emel daripada pihak syarikat bas yang dilampirkan dengan Boarding Code. Sebelum dapat emel pun kita akan dapat Boarding Code dalam akaun web bas itu sendiri. Kalau tak sempat simpan atau tak dapat emel pun korang jangan risau, korang boleh log in balik ke akaun ekspresperdana.com.my dan boleh periksa akaun dan lihat pada Transaction History, dalam tu ada Boarding Code. Boarding Code ini penting untuk kita tuntut tiket di kaunter bila nak naik bas nanti.


Alhamdulillah Sha selamat dah sampai menggunakan tiket secara online ni. Bas Ekspres Perdana adalah bas paling selesa setakat ini yang Sha pernah naik walaupun Sha tak berapa suka bas jenis 2 tingkat. Setiap kali naik bas 2 tingkat Sha akan pilih untuk duduk di belah atas, sebab Sha pernah naik yang belah bawah tapi agak tidak selesa untuk Sha. Selain kerusi yang selesa,besar, bas ekspres perdana juga menyediakan perkhidmatan wifi dan juga port usb untuk penumpangnya.

Jadi lepas ni kalau nak balik dengan bas mudahlah hanya dengan tempah tiket secara online sahaja. Maklumlah sebelum ini selalunya terus ke kaunter tiket bas terminal amanjaya. Kalau tanya Sha mana paling best? Naik bas malam atau pagi? pastinya Sha akan jawab naik bas malam terutamanya kalau bawa anak sekali sebabnya waktu malam waktu terasa singkat kerana waktu tidur kita, kalau naik siang hari susah sikit nak lelap. Bosan kot nak lalui 6-7 jam perjalanan tengok kiri kanan.

Post a Comment

2 Comments

Terima Kasih Daun Keladi