Rahsia Resepi Kurma Ayam Sedap Cepat Dan Mudah | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera. Masih berayakah kawan-kawan? Sha tahun ini memang beraya ala kadar sahaja persiapannya, 10 hari berada dikampung banyak masa di rumah sahaja memandangkan kesihatan mak Sha tidak berapa ok. Bila balik ke rumah sendiri pelbagai menu hadir di fikiran, harapnya Sha tidaklah tersasar jauh daripada landasan iaitu makan secara berhemah. Masa yang agak menghimpit dengan balik kampung di Terengganu kemudian hanya sempat meluangkan masa sekejap tak sampai 1 hari bersama keluarga ipar di Ipoh, hanya 1 hari dapat berehat di rumah menyelesaikan tanggungjawab pada rumah, mendobi segala pakaian kemudian hari ini masuk kerja seperti biasa. Hari pertama kerja selepas raya suami pula perlu ke Sungai Petani untuk berkursus selama 3 hari jadi Sha biasanya akan masak lauk yang paling cepat dan mudah untuk makan bersama anak-anak. Hari ini Sha memilih untuk masak ayam kurma sebabnya bahan-bahan pun dah ada jadi kita masaklah apa yang ada sahaja.
Masak lauk ni tapi suami tak sempat merasa sebab masih berkursus dia tegur macam sedap, warna cantik. Nampaknya perlu masak lagi untuk suami nanti tapi tak boleh masak banyak lah sebab suami kita selalu cakap Sha kalau masak sikit mesti sedap, kalau masak banyak lari rasa..ahahaha..nak buat macam mana bini dia kedekut sikit. Tapi bukan kedekut pun cuma tak pandai sangat masak banyak.
BAHAN-BAHAN MASAK AYAM KURMA
1. 8 ketul ayam2. Santan
3. 1 pek 25gm rempah kurma Mak Siti (dijadikan pes)
4. 3 ulas bawang merah dikisar
5. 2 ulas bawang putih dikisar
6. 2 cm halia dikisar
7. Rempah 4 sekawan
8. 1 biji kentang dibelah kecil
9. Garam
CARA MEMASAK
1.Tumis rempah 4 sekawan. Kemudian apabila sudah naik masukkan masukkan bawang merah, bawang putih, halia kisar. Tumis sehingga bawang menjadi layu.2. Setelah itu masukkan rempah kurma. Gaul sehingga sebati.
3. Masukkan santan dan kentang. Biarkan beberap minit untuk masak kentang.
4. Kemudian masukkan masukkan ayam dan gaul sebati.
5. Masukkan santan dan air jika mahukan kuah lebih dan masukkan juga garam.
6. Biarkan mendidih seketika.
7. Sedia untuk disajikan
Cantik elok warna ayam kurma Sha kalau guna rempah Mak Siti, rasa pun cukup memuaskan hati. Biasanya selepas gaji mesti beli belah barangan rumah termasuklah rempah ratus untuk memasak jadi bila cari idea masakan atau lauk menggunakan ayam, ayam masak kurma adalah salah satu menu paling cepat nak sediakan sesuai dengan nasi putih atau nasi minyak juga nasi hujan panas. Sha teringin nak makan Soto pula selepas ini maklumlah raya tahun ini tak jumpa soto lagi.
8 Comments
thank you bagi idea nak masak apa malam ni...ha ha ha...
ReplyDeletesuka juga masak lauk kurma ni...sesuai untuk yang ada anak anak kecik...sbb tak pedas...
ReplyDeleteakak tak pernah try lg kurma jenama mak siti nih... biasa pakai adabi je... pasni boleh try jgk nih...
ReplyDeletebdk2 suke mskan kurma nih, sbb rasa lemak berempah lite2 tp tak pedas
Oh, rempah kurma mak siti memang warna kuning2 sikit ye? Ingat CikMar tambah kunyit tadi..cari dalam resepi takde pulak kunyit..
ReplyDeleteNampak sedap ayam kurma tu.
ReplyDeletewaaa produk mak siti la. sedapnyaa
ReplyDeleteFav Marsha ni kurma ayam...wah guna rempah mak siti lagi la sedap!!
ReplyDeleteTeringat orang rumah saya masak lauk ayam masak kurma time raya dua minggu lepas. Sedappp!
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi