TIPTOPTEE PRINTING MENAWARKAN PRINTING BAJU SERENDAH RM11.50 | Walau sudah satu minggu berlalu program Discover Gambang yang diadakan pada 4 Julai hingga 6 Julai 2018 bertempat di Bukit Gambang Resort City tetapi kenangan manis di sana masih terbayang-bayang. Paling meriah di hari kedua program dapat kami memakai baju sedondon terutama anak-anak Blogger Pantai Timur hasil daripada Tip Top Tee Printing, Terima Kasih Tip Top Tee Printing atas keselesaan baju merah semangat membara ini.
Tip Top Tee Printing
Dengan teknologi masa kini Tip Top Tee Printing menggunakan aplikasi whatapps dan boleh meninggalkan pesanan di Fecebook untuk membuat tempahan dengan lebih pantas. Syarikat milik bumiputera ini bertapak di Kuala Lumpur walaubagaimana pun perkhidmatannya diperluas ke seluruh negara.
Abang Zaryth dan Adik Nur suka betul pakai baju sama macam ni. Saiz pun ngam-ngam dengan mereka jadi sangat selesa dan boleh pakai lagi lepas ni.
Kanak-kanak sedia untuk menghadapi hari yang mencabar sepanjang hari ke-2 di Bukit Gambang Resort City.
Reka Bentuk
Tip Top Tee Printing menyediakan perkhidmatan mengikut citarasa pelanggan, jadi korang jangan risau tentang reka bentuk yang korang inginkan. Pihak Tip Top Tee Printing sedia menerima idea dan buah fikiran pelanggan dan cuba merealisasikan hasrat korang dan hanya selepas mencapai persetujuan kedua belah pihak barulah pihak mereka akan mencetak baju tempahan korang.
Bukan setakat kanak-kanak, orang dewasa pun ada baju masing-masing tau, barulah meriah geng merah mak ngah ni..ahahaha..
Yang penting hari kedua kami di Bukit Gambang Resort City yang panjang dan penuh dengan aktiviti dari pagi hingga ke malam ini selesa ditemani baju yang selesa kerana kualiti material t-shirt yang baik,tidak panas, serap peluh, tidak mengembang atau mengecut selepas dicuci.
T-Shirt Printing Harga Murah
Hanya Rm 11.50 korang dah boleh dapat tapi dengan minimum order sebanyak 30 helai. Tapi kalau korang nak jugak 30 helai bawah pun boleh tapi kira harga lain.
Serius! Biasanya baju perempuan berlengan panjang sangat bermasalah untuk menepati citarasa tuan badan. Tapi T-shirt Sha sendiri memang tak segan nak pakai, maklumlah sejak naik berat badan ni ada sahaja yang tak kena dengan baju-baju..hihihi.. Alhamdulillah kali ini Sha dapat bergerak dengan selesa dan mengikuti aktiviti yang ada tanpa rasa pelik. Baju untuk suami pun selesa, risau pun ada mula-mula tu sebab Sha selalunya gagal memilih saiz tapi dengan guideline yang dibekalkan pihak Tip Top Tee Printing semuanya dapat bergembira dengan baju sedondon.
Ada tak yang sedang merancang hari keluarga, reunion atau majlis kenduri kendara yang mahu baju sedondon macam kami? Boleh lah bertanya awal-awal dengan pihak Tip Top Tee Printing ni, mana tahu mereka memberi perkhidmatan mereka kat korang pula.
Whatapps
019- 900 9837
Instagram
Facebook
Emel :
armiarashid85@gmail.com
1 Comments
comel adik nur pakai baju
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi