JATUH CINTA DENGAN SAMYEANG PIZZA DOMINO'S DAN AYAM HASEYO | Annyeong Haseyo ! Diinspirasikan daripada muzik pop Korea, Domino's melancarkan menu Pizza Samyeang bersama The Samyeangs, kumpulan muzik Domino's yang terdiri daripdada 3 ahli dan disertai oleh seorang bintang wanita iaitu Ayam-Haseyo. Sejujurnya Sha bukan seorang penggemar pizza yang tegar ini jadi Sha memang jarang sekali menikmati mana-mana pizza. Tapi kali ini rezeki merasai Samyeang Pizza Domino's yang dikatakan pedas menyengat memang Sha tak lepaskan peluang begitu sahaja tambah pula memang Sha suka makanan yang pedas, kalau nak tahu ramen korea yang selalu orang duk rakam cabaran pedas tu pun Sha suka. Memang terbaik resepi gabungan rasa manis dan pedas yang menghasilkan sos sedap Samyeang.
Samyeang Pizza Domino's ini didatangkan dengan 3 perasa jadi korang ada 3 pilihan di sini. Percayalah korang takkan muak makan ketiga-tiga pizza ni sebab tak ada masa korang nak berhenti makan, makin laju makan ada laa..hihihi.. Samyeang Daging Pizza, Samyeang Ayam Pizza dan Samyeang Tuna Pizza
Selain Samyeang Pizza , Domino's juga menyediakan Kepak Ayam Haseyo,haaa nama dia pun dah k-pop kan. Encik Suami Sha cakap ayam ni pun pedas, ehh mana taknya Kepak Ayam Haseyo ni pun disaluti oleh Sos Samyeang mestilah pedas juga. Rasa kedua-duanya barulah sensasi.
Daripada ketiga-tiga perasa pizza yang ada, Sha memilih Beef Samyeang Pizza! Kenapa? Semestinya kerana Sha peminat daging, makan apa pun kalau ada daging mesti akan pilih daging. Tambah pula korang tengoklah, daging dia berkeping-keping dalam tuu, memang puas hatilah.
Samyeang Beef Pizza.
Samyeang Chicken Pizza
Samyeang Tuna Pizza
Sha rankingkan ketiga-tiga perasa pizza ini mengikut tekak Sha. Jadi pada yang tak suka dan tak boleh makan terlalu pedas boleh pilih Samyeang Ayam Pizza sebab Sha makan 2 keping Samyeang Daging Pizza telinga macam nak mula berdengung dah..huhuhu..
Untuk mendapatkan nilai lebih baik, korang boleh memesan 2 Pizza Deal dan nikmati Pizza Samyeang terbaru dengan lebihan keju. Harga pun menarik dengan tawaran daripada RM 33 untuk 2 pizza bersaiz regular, RM 55 untuk 2 pizza bersaiz besar dan RM77 untuk pizza bersaiz Ekstra Besar.
Lagiiiii... Pizza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM 3.90 untuk tempahan secara dalam talian dan RM 4.90 untuk tempahan di kaunter.
Lagiiiii... Pizza Samyeang bersaiz personal adalah sah untuk tawaran Super Tuesday pada setiap hari selasa dengan tawaran harga bermula serendah RM 3.90 untuk tempahan secara dalam talian dan RM 4.90 untuk tempahan di kaunter.
Menu Samyeang Pizza Domino's ini korang boleh dapatkan dimana-mana cawangan Domino's berdekatan dan boleh order secara online atau panggilan -
Jangan lupa mendaftar akaun bersama domino's dan juga follow instagram Domino's Malaysia untuk melihat update menu terkini mereka.
11 Comments
sedapnyaa sungguh menggugat iman yang tengah mood diet ni. hehe
ReplyDeleteWahhh tapi memang sedap! Ciktie dah cuba dah memang sedap tapi pedas la.
ReplyDeletewah nampak sedap, nanti nak cuba lah...
ReplyDeletedok tgk je dominosnya promo pizza samyeang nih tp tak berani nk try, tkt tka sodap di tekak nih,... dh baca review sha, pasni blh tryla...
ReplyDeleteWahhh rabia tak pernah makan lagi pizza domino ni.tapi kalau tgk gambar ni nampak macam sedap jer.
ReplyDeleteTengok gambar je buat saya rasa lapar
ReplyDeleteSedapnya.. lama dah tak makan ni
ReplyDeleteWaaah.. meleh air liur tengok gambo
ReplyDeleteTak boleh move on pizza lain.. hari tu cuba lagi skali dan selasa nak cuba lagi..yummyyyy
ReplyDeleteWah! i want to try the Samyeang Chicken Pizza & chicken wings la. I love spicy food, nampak macam sedap giler
ReplyDeleteRasa macam nak repeat balik la. Haha. Tak puas pulak mkn haritu. Lagi2 kepak ayam haseyo yng yummy..
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi