PERKEMBANGAN ANAK KECIL 23 BULAN | Kebiasaannya Sha tak berapa ambil peduli bila babycenter ni emel perkembangan ini. Tapi hari ini tergerak pula nak kongsi memandangkan babycenter kemaskini mengikut perkembangan Adik Fathia. Tak sedar masa berlalu begitu cepat dulunya bayi, kini membesar menjadi anak kecil yang bijak dan macam-macam kerenahnya.
Disaat ini Adik Fathia banyak menyebut hujung perkataan sahaja ( Contoh : Mengantuk → Tok, Tidur → Do) . Dia juga selalu menekankan bahawa dia boleh berdikari, boleh buat sendiri seperti memakai seluar dan baju juga makan sendiri tanpa bantuan ibu dan ayah. Mengamuk apabila kehendaknya tidak dipenuhi terutamanya bila dia ajak ibu tidur!! Fuhh....anak-anak....
Suka melukis bulat-bulatan berbanding Abang Zaryth yang suka menconteng dalam bentuk lebih halus. Selalu meniru Abang Zaryth, maklumlah siapa lagi yang ada di rumah tu kan..Kadang kalau waktu memasak semestinya diaorang juga sibuk didapur, bermain bekas-bekas dan berlakon sedang memasak juga. Kalau tanya masak apa tu? Masak maggi untuk ibu!!ahhahaaha...kuat sangat pengaruh iklan maggi kat tv.
Waktu tidurnya juga boleh dikatakan tetap, jam 10.30 malam Adik Fathia akan ajak Sha tidur dalam bilik. Kadang ibu yang stress yelaa masa tu drama best kat tv belum habis..ehehehe.. Paling sibuk nak kacau ibu adalah bilamana Sha nak bercakap dengan Opahnya dikampung, memang berebut telefon laa jawabnya.
Kalau cakap pasal anak kecil umur macam ni memang seronok, terkejut dan teruja bila nampak ada perkembangan baru yang dia tunjukkan. Semoga anak-anak membesar dengan sihat, bijak, berbudi dan baik-baik sahaja.
1 Comments
Lain anak lain prkembangannya kan , hehe time2 ni anak tgh mengexplore huhu bertabahla
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi