Hot Posts

6/recent/ticker-posts

CERITA AIDILFITRI TAHUN 2017

CERITA AIDILFITRI TAHUN 2017 | Alhamdulillah...Salam 9 Syawal 1438H kawan-kawan semua. Mungkin agak terlambat kemaskini cerita raya Sha, tapi kita nak kongsi juga sebagai tatapan kemudian hari. Tahun 2017 adalah tahun giliran beraya di belah kampung Sha di Besut, Terengganu. Seperti ketetapan biasa, Sha dan suami bergilir ikut raya pertama & kedua sama ada dibelah Sha atau suami. Memandangkan tahun ini raya pertama dan kedua dikampung Sha, raya ke-3 dan ke-4 akan diteruskan ke kampung suami pula, begitulah sebaliknya.
Kami memilih untuk pulang ke kampung pada 23.06.2017(jumaat) pada pukul 3.28 pagi dari rumah dan sampai ke kampung lebih kurang 10.30 pagi. Tolak campur kena tahan dengan polis sebab langgar lampu merah di kawasan lenggong, hiihihihi..pas tu en.suami berenti tidur kejap di stesen minyak kerana mengantuk masa yang diambil adalah tempoh biasa kami balik kampung. Perjalanan lancar dan tidak menempuh kesesakan lalu lintas.

 
Swafoto suami isteri

 
Sha bersama suami,anak-anak,mak, ayah dan adik-adik.

Sha suami dan anak-anak


 
Tangan - tangan yang sentiasa menanti kepulangan Sha dikampung.

Sha sekeluarga bersama bapa saudara juga anak-anak

Keluarga besar belah suami beraya di Bota,Perak.


Tebing sungai yang memisahkan Bota Kanan & Bota Kiri.

Gaya bebas tapi tetiba blur...tak tau nak buat apa..ahahha..

Alhamdulillah..siap jugak Sha pacak gambar raya 2017 ni yea...
Masuk kerja tunggu pejabat- pejabat buat rumah terbuka la pulak yea..makan-makan...1 minggu je bagi perut merasa semua..ni kita makan semua juga tapi kurang kuantiti jelaa..boleh kee Sha oiii...kamu tu kaki makan..hihihi...
Apo nak risau sangat...kembali dapatkan step bersama SILERA CHIA SEED laa kita...

Post a Comment

9 Comments

  1. thn ni walapun cuti raya tu mcm time ujung minggu tp jem tak seteruk tahun2 lps....

    bila dh balik kg mmg meriah kan, jumpa sedara mara makan3 n makan kejenya... pastu amik gambo jelah keje takde lain

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya! Nampak meriah, gambar. ^_^

    ReplyDelete
  3. Selamat hari raya. Maaf zahir batin..

    ReplyDelete
  4. selamat hari raya kakakk! terima kasih sudi drop link dekat fb uyul. kunjungan pertama uyul. uyul da masukkan dalam bloglist julai. jom ke blog uyul.
    Uyul Rosli | Blonolog Blogger Picisan

    ReplyDelete
  5. saya pon ada kampung kat bota perak.. bota kiri.. kampung asal ayah saya :) sekarang opah tokki takde dah..tp abang sulung ada tinggal kat sana..

    ReplyDelete
    Replies
    1. yeke...saya sana bapa2 saudara suami je ade..klu raya belh perak memg sini je...saya pun kerja kawasan sini juga..

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi