ASSALAMUALAIKUM.
Apa khabar semua? Bukan niat nak menduga di bulan puasa ini, tetapi cuma nak berkongsi sahaja. Memandangkan ini entry yang NS tangguhkan, jadi jangan kata NS ponteng puasa pula yea..hihihi.
NS cuma nak kongsi air kegemaran NS bila ke Ipoh ini.
NS mula mengenali air ini di Padang Polo @ Padang Sultan Azlan Shah , Ipoh.
Selepas itu, NS kehilangan jejak gerai ini selepas mereka berpindah gerai. Hasil usaha suami NS,akhirnya kami menemui kembali lokasi gerai COFFEE KING EST 2015 ini. Terdapat beberapa pilihan yang menarik , yang NS dah cuba - Coffee - Green tea & Chocolate.
Pilihan NS antara 3 perisa ini semestinya Chocolatenya yang kaw!!!
Bak kata Zaryth...BEST...sambil jari tunjuk tanda best!!!
Sudahnya tak sempat ibu nak biar ais mencair....dia tak henti duk sedut...huhu...
Tengok tu,,suami NS sedang berbaris dengan wanita-wanita...aahahaha
Slurrrrppppppppppppp....
Kedudukan terkini COFFEE KING EST 2015 adalah di Taman Cempaka, Ipoh. Berdekatan dengan pasar dan betul-betul sebelah padang permainan Taman Cempaka.
Anda boleh follow & Like Facebook Coffee King Est.2015 untuk menyenangkan pencarian, terus ada peta disitu.
Aunty2 Uncle2 tak terliur ke tengok Zaryth minum nii..huhuhu...
Tunggu habis puasa raya..boleh la serbu balik..
Opss....pas raya kena berpantang pulakk...ngeeee..
2 Comments
Pergh. Dah macam Starbuck pulak coffee king ni. :D
ReplyDeleteJemput join giveaway http://www.fadzirazak.com/2015/07/giveaway-blog-fadzi-razak-launch-2015.html. 12 pemenang dicari!
Try cek Tea Boss. Harga extra large cup rm4.50-rm5.00. Sebijik mcm ni! Cawangan utama di Sungai Petani Kedah. Lg 5-6 cawangan negeri lain xpasti dimana. Saya try KL punya. Cek fb dia Tea Boss KL Page.
ReplyDeleteTerima Kasih Daun Keladi