Ada seorang perempuan tua yang taat beragama, tetapi suaminya seorang yg fasik dan tidak mahu mengerjakan kewajipan agama dan tidak tahu berbuat kebaikan.
Perempuan itu sentiasa membaca Bismillah setiap kali hendak bercakap dan setiap kali dia hendak memulakan sesuatu sentiasa didahului dengan Bismillah. Suaminya tidak suka dengan sikap isterinya dan sentiasa mempeolok-olokkan isterinya.
Suaminya berkata sambil mengejek, " Asyik Bismillah, Bismillah. Sekejap2 Bismillah." Isterinya tidak berkata apa2 sebaliknya dia berdoa kepada Allah S.W.T supaya memberikan hidayah kepada suaminya. Suatu hari suaminya berkata : "Suatu hari nanti akan aku buat kamu kecewa dengan bacaan2mu itu."
Untuk membuat sesuatu yg memeranjatkan isterinya,dia memberikan wang yang banyak kepada isterinya dgn berkata,"Simpan duit ini."Isterinya mengambil duit itu dan menyimpan ditempat yg selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yg selamat, disamping itu suaminya telah melihat tempat yang disimpan oleh isterinya. Kemudian dengan senyap2 suaminya itu mengambil duit tersebut dan mencampakkn beg duit itu kedalam perigi dibelakang rumahnya. Setelah beberapa hari kemudian suaminya itu memanggil isterinya dan berkata, "Berikan padaku wang yg aku berikan kepada engkau dahulu untuk disimpan."
Kemudian isterinya pergi ke tempat dia menyimpan duit itu dan diikuti suaminya dengan berhati-hati dia menghampiri tempat dia menyimpan duit itu,dia membuka dengan membaca "Bismillahirrahmanirrahim." Ketika itu Allah S.W.T menghantar malaikat Jibril A.S untuk mengembalikan beg duit itu dan menyerahkan duit itu kepada suaminya kembali.
Alangkah terperanjat suaminya, dia berasa bersalah dan mengaku segala perbuatannya kepada isterinya, ketika itu juga dia bertaubat dan mula mengerjakan perintah Allah,dan dia juga membaca Bismillah Apabila Dia hendak memulakan sesuatu kerja.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi