Ajar Anak Cara Berbelanja Melalui Money Games Online | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.
Membuat perancangan kewangan terutamanya dalam cara berbelanja amatlah penting dalam kehidupan tidak kira pada yang tua atau yang muda. Hal ini bagi memastikan kos sara hidup adalah mencukupi dengan berbekalkan pendapatan yang ada.
Sehubungan dengan itu amalan berjimat cermat adalah yang terbaik untuk mengawal perbelanjaan. Amalan ini adalah amat baik jika diterapkan lebih awal kepada anak-anak kita. Yang paling asas adalah macam mana nak ajar anak berbelanja atau mengatur wang terlebih dahulu.
Bagaimanakah cara mengajar anak berbelanja? Antara cara paling mudah adalah bermain money games dalam talian.
Ajar Anak Cara Berbelanja Melalui Money Games Online
Biasanya kalau main games secara online, kita selalunya rimas dengan iklan di sana sini tapi jika kita main games online di Mortgage Calculator semua itu tidak ada masalah. Permainan dalam talian ini adalah percuma, jadi boleh bermain dengan tenang.
Money Games Kegemaran
Di sini Sha kongsikan 4 permainan yang menjadi kesukaan anak-anak Sha.
1. Cashier Simulator
Sebenarnya banyak kali dah Sha bagi Adik Nur ke depan untuk bayar pada cashier, tapi Sha perasan dia sebenarnya tak tahu nilai lagi. Kadang-kadang dia bayar tapi tak tunggu untuk ambil baki. Cepat habis duit ibu kalau macam ni kan.
Jadi dengan simulator ini, barulah dia faham macam mana bila membayar dan ada duit baki. Selain itu dia juga belajar proses penolakan. Kiranya belajar matematiklah kan. Game ini mempunyai 160 peringkat, jadi boleh latih anak-anak lama sikit.
2. Farm Town Games
Farm Town Games bukan sahaja menjadi games kegemaran anak-anak tetapi Sha sendiri sukakan games sebegini. Game ini mengajar anak-anak memahami proses sesuatu produk dihasilkan dan bagaimana ia dipasarkan.
Bukan itu sahaja, permainan ini mengajar kita untuk mengembangkan perniagaan dan menguruskan masa dan juga pengeluarkan yang sistematik.
3. Tap Supermarket
Permainan Tap supermarket ini nampak ringkas dan mudah, tetapi sebenarnya ia agak menguji minda kita dan anak-anak. Ia mengajar anak-anak fokus kepada sesuatu pekerjaan supaya dapat mengelakkan kerugian terjadi.
Kita bukan sahaja perlu menjadi cashier di bahagian hadapan, tetapi juga perlu memastikan barangan mencukupi di bahagian rak dan juga stor besar. Jadi mata perlu peka dengan sekitar supermarket, kalau lambat nanti pelanggan marah.
4. Pizza Cafe Games
Permainan pizza cafe ini juga menguji kesabaran dan mengajar kita untuk menjadi seorang yang cekap dan peka dengan permintaan pelanggan. Korang tengok bentuk-bentuk hati di atas pelanggan, itu menandakan tahap kesabaran pelanggan yang datang ke Pizza Cafe kita.
Makin lama main, makin naik level makin mencabar tugasannya. Tugas kita menyediakan pizza yang betul kepada pelanggan dan tidak boleh terlalu lambat buat kerja, untuk dapatkan pelanggan kena cepat-cepat kutip duit yang pelanggan bayar. Semua kena buat dalam satu masa.
Permainan Menguji Minda
Pada Sha walaupun ini hanya sekadar games online, tetapi ada ianya adalah berdasarkan kehidupan di alam nyata. Banyak pembelajaran dan pengajaran yang dapat diterapkan di dalam diri anak-anak kita. Jadi korang bolehlah layan games online percuma ini bersama anak-anak di rumah.
Zaman Sha dulu tidak banyak permainan, kalau dulu ada permainan online sebegini agak menyeronokkan.
0 Comments
Terima Kasih Daun Keladi