Wednesday, June 27, 2018

SUNSILK BANTU URUSKAN RAMBUT KERINTING | Siapa yang rambut kerinting? Siapa lagi kalau bukan Adik Nur..huhuhu.. Dalam masa 2 bulan kebelakangan ini Suami Sha telah membeli satu botol kecil Damage Restore Leave On Cream yang kandungannya 40ml sebagai percubaan untuk membantu menyenangkan dalam menguruskan rambut Adik Nur yang kerinting dan susah untuk disikat selepas mandi.



Sunsilk Leave On Cream membantu anda menyesuaikan gaya rambut anda pada bila-bila masa walau di mana sahaja anda berada. Digunakan pada rambut lembap atau kering, Hydra Lock Technology ™ menyuntik kelembapan ke dalam rambut anda yang memberikan "berat" semulajadi yang mengurangkan keriting dan gaya mudah, jadi rambut anda tidak lagi kusut mengerbang. Ianya juga sesuai untuk rambut rosak seperti rambut dengan hujung berpecah.

Sedia untuk pengalaman baru? Syampu Sunsilk, dengan Max Calcium dan Keratin, menghilangkan rambut tersimpul dan rambut anda siap sedia untuk menghadapi hari-hari seterusnya.
 

Akhirnya Adik Nur tidak marah lagi bila nak sikat rambut ! Sebab apa dia marah? sebab sakit laa bila sikat-sikat rambut tersangkut. Kini aktiviti menyikat rambut Adik Nur lebih mudah dan senang Adik nur tidak ada masalah untuk sikat rambut lagi tambah seronok lagi adalah. Selain menyenangkan Adik Nur suka Sunsilk kerana ianya berbau sangat harum sekali gus membuatkan Adik Nur terpikat dan rajin sikat rambut.


Cara untuk menggunakan Sunsilk Leave On Cream juga amat senang, Sha hanya perlu memantau Adik Nur supaya mengenakan krim ini secara menyeluruh di bahagian yang perlu diletakkan krim sebabnya Adik Nur memang sejenis yang suka buat sesuatu sendiri. Tapi kalau nak keluar cepat Sha yang sapukan dan sebenarnya Sha pun suka sapu krim ini pada rambut Sha sendiri sebab baunya wangi..

Sapukan pada rambut lembap atau pada rambut kering sebagai sentuhan sepanjang hari.
 
1. Mulakan dengan jumlah bersaiz kecil syiling di telapak tangan anda.
2. Gosokkannya di tangan anda dengan sama rata.
3. Sapukan dari tengah ke hujung rambut anda.
4. Gunakan sikat atau jari untuk gaya rambut secara semulajadi.


Alhamdulillah akhirnya jumpa juga produk yang memudahkan urusan ibu  menguruskan rambut anak yang kerinting. Bukan sahaja menggunakan produk Sunsilk Leave On Cream atau Krim Anti Bilas sebagai kegunaan keluarga, untuk Syampu juga Sha menggunakan Syampu Hijab Recharge Segar Berhijab sebagai syampu harian Sha.

 
Sesuai untuk rambut berpeluh dan kulit kepala berminyak. Didedikasikan untuk rambut wanita berhijab. Perumusan khasnya mengangkat minyak dan menjaga rambut dari dalam tambah pula Sha seharian memakai tudung di tempat kerja. Produk Sunsilk bukan sahaja berkesan dan mempunyai bau yang wangi tetapi harganya juga amat berpatutan untuk pengguna.
 
Say peaceeeee kepada pengguna sunsilk!

Monday, June 25, 2018

KOLEKSI ROBOCAR POLI DARIPADA DRYPERS | Assalamualaikum korang..masih berhari raya ke tu? Hari ini Sha dah mula masuk kerja, tapi biasalah bukan Sha sorang masih beraura raya kawan-kawan yang lain pun masih mood raya tapi tugas masih perlu dijalankan seperti biasa. Minggu lepas kawan yang dah mula bertugas ada maklumkan ada terima barang Sha dekat tempat kerja ingatkan ada job,,hihihi tapi rupanya barangan yang Sha redeem daripada mata terkumpul daripada Drypers Point Shop dah sampai. Sebenarnya hampir lupa apa yang Sha redeem dulu selepas buka bungkusan baru ingat Sha redeem Siri Roy Si Penyelamat.


Untuk pengetahuan korang Drypers Wee Wee Dry kali ini mengeluarkan 4 Siri Bandar. Kali ini Sha redeem mata untuk Robocar Poli Siri Bandar Kawasan Kejiranan bagi Siri Roy Si Penyelamat.

 
Set Roy ini terdapat 4 keping Kad Susun Suai sebagai tapak set dan Blok bangunan dan blok Roy di dalamnya dalam bentuk kepingan kayu.


Sebelum Sha bagi anak-anak main biarlah Sha cuba dulu kan..hihihi.. Dengan pantas juga buka akaun drypers untuk redeem tiga lagi koleksi Robocar Poli Drypers tapi malangnya satu koleksi tiada dalam senarai. Tak sabar pula Sha nak terima dua lagi koleksi Wooden Playset daripada Drypers ini, ibu-ibu memang macam ini erkk..kadang-kadang terlebih teruja daripada anak-anak.

Ibu-ibu lain dah redeem point korang? Pada yang belum daftar akaun drypers boleh tengok sini macam mana nak daftar dan kumpul point kemudian dapatkan hadiah untuk anak-anak korang ---> cara-kumpul-point-pampers-drypers . Cepat kumpulkan point dan redeem hadiah sementara stok masih ada.

Kalau korang nak tahu koleksi lengkap Siri Bandar ini adalah untuk pembelian Drypers Wee Wee Dry manakala koleksi lengkap Siri Keselamatan adalah dengan pembelian Drypers Drypantz.

   
Inilah keempat-empat koleksi bagi pelanggan Pampers Drypers Wee Wee Dry! Sha dah rancang tak nak bagi anak-anak main lagi sementara koleksi lain sampai nanti boleh main sekali gus dan cantumkan macam gambarajah di atas.

Apa lagi di nanti? KLIK SINI.

Friday, June 22, 2018

SALAM AIDILFITRI 1439 H TAHUN 2018 | Fuhh...memang berhabuklah blog kesayanganku ini, cemburu tengok rakan-rakan lain dalam berhari raya pun sempat menyiapkan tugasan dan mengemaskini entry Sha pula tak berjenguk blog kalau dah balik Terengganu. Saat ini dah balik perak barulah berpeluang buka laptop tapi tak ada entry penting pun sekadar kongsikan gambar sekitar Hari Raya 2018. Tahun ini merupakan tahun pertama Sha beraya tanpa mencium tangan pipi dahi seorang Ayah, semoga arwah ayah tenang di sana, kehilanganmu membuatkan rumah hilang serinya.

Untuk foto raya 2018 ini Sha pakai baju sama sahaja, masa pakai baju lain tak bergambar sangat jadi ini sahajalah yang ada. Tahun 2018 adalah untuk giliran beraya di kampung halaman suami terlebih dahulu.
 
Gambar raya Sha sekeluarga. Adik Nur tu dah kenapa yea? Abang Zaryth dah elok dia pula buat muka...

 
Keluarga besar sebelah suami, sebelah suami Sha tak ada mertua dah yang ada ipar duai sahaja.

 Bersama Kakak Ipar dan anak-anak.

 3 Syawal Sha dah sampai ke Terengganu pula. Tanpa ayah....

 Sha dan Adik-adik. Bongsu + Sulong + Tengah

 
Sha dan Mak.. Adik Nur nak nyibuk juga..
 
 Keluarga besar Sha di Terengganu. Bapa saudara, adik beradik arwah ayah yang tinggal dan sepupu-sepupu Sha yang balik beraya di kampung.

Memandangkan ini kali pertama beraya tanpa ayah Sha dan suami bercuti lama sedikit berbanding sebelum ini dikampung. Abang Zaryth dan Adik Nur pun seronok dapat bercuti kat kampung maklumlah mak saudara ada melayan kerenah mereka. Sebelum balik ke Perak Mak saudar Sha dah siapkan tapai khas untuk Sha bawak balik ke Perak, tak sabar pula nak makan tapi kena tunggu dulu esok lusa baru dapat makan ni.

Ok, dah letak gambar raya ni rasanya cukup dah kot, SELAMAT HARI RAYA buat semua. Maaf kepada sanak saudara dan rakan-rakan yang tak sempat bersua muka. InsyaAllah kemudian hari semoga dapat berjumpa lagi.

Wednesday, June 06, 2018


TIPS BALIK KAMPUNG BERAYA | Tahun ini giliran korang beraya di mana yea?Bagi pasangan yang sudah berkahwin pasti akan ada sistem balik kampung sendiri sama ada bergilir balik kampung mana setiap tahun. Macam Sha setiap kali raya wajib balik kedua-dua belah pihak yang bezanya ada giliran kampung siapa terlebih dahulu, untuk tahun ini giliran Sha beraya di kampung suami terlebih dahulu di Perak dan hari raya ketiga barulah akan pulang ke kampung Sha di Terengganu. Alhamdulillah rezeki Sha mengikut resam adik-beradik belah suami yang telah berkahwin dahulu ada sistem macam ni jadi dapat berhari raya dengan kedua belah pihak sebab setahu Sha ada yang keluarga yang sistem balik rayanya lain.

Dalam bergembira membuat persiapan balik kampung jangan pula dilupakan keselamatan sepanjang peninggalan kita supaya dapat mengelakkan terjadinya kejadian yang tidak diingini. Apakah yang kita perlu buat sebelum pulang ke kampung?

SENARAI SEMAK SEBELUM BALIK KAMPUNG

1. Matikan suis elektrik di rumah. Periksa semua peralatan elektrik di setiap ruang rumah. Pastikan suisnya sudah dimatikan dan plug dicabut dari soket bagi mengelakkan kejadian tidak diingini seperti kebakaran sekali gus mengajar diri berjimat cermat.

2. Tutup kepala tong gas. Jika anda memasak di rumah dengan gas silinder, pastikan anda tutup kepala tong gas dengan penutup untuk mengelakkan kebocoran gas daripada berlaku.

3. Simpan barang berharga dengan baik. barang berharga seperti barang kemas, buku bank, geran rumah, geran kereta dan apa sahaja yang berharga di tempat yang selamat. Kunci pendua seperti kunci rumah dan kunci kereta disimpan si tempat yang selamat.

4. Pastikan rumah berkunci. Periksa kunci di pintu rumah depan belakang, pintu bilik dan pintu pagar rumah anda. Ambil inisiatif untuk pastikan semua kunci masih berfungsi dengan baik. Jika kawasan rumah anda mempunyai pengawal keselamatan sekali pun anda tidak boleh leka dan terlalu bergantung kepada mereka. Jika anda memasang alat keselamatan seperti siren dan kamera litar tertutup, pastikan ia mempunyai bekalan kuasa yang cukup untuk berfungsi.

5. Jika anda mahukan keselamatan rumah lebih baik, pasang lampu automatik yang boleh menyala di waktu gelap dan padam di waktu cerah. Korang juga boleh dapatkan timer untuk lampu biasa.

6. Bersihkan rumah dari sampah. Sebelum balik kampung musim raya, buang sampah sarap yang boleh mengeluarkan bau busuk. Jika tidak serangga seperti semut,lipas dan lalat akan bermaharajalela di rumah anda.

7. Servis kenderaan. Ini adalah wajib sama ada perjalanan dekat atau jauh. Periksa keadaan enjin kenderaan, gas penyaman udara, dan lampu berfungsi dengan baik. Periksa air dan paras minyak hitam enjin kereta

8. Pakaian untuk bercuti. Balik kampung jangan lupa bawa pakaian yang sesuai terutamanya baju raya nanti. Haru kalau raya lupa bawa balik baju baru beli tuu. Bekalan pakaian harian pun perlu cukup tambah pula baju anak-anak.
  
9. Beg dikemas dengan sistematik supaya dapat menjimatkan ruang beg dan tak perlu bawa barang dengan banyak. Suami Sha kurang berminat masukkan baju dalam bagasi lebih kerap kemas dalam backpack setiap orang.

10. Kalau ada bajet duit raya tu sediakan siap siap sampul raya yang diisi dengan duit raya untuk diberi kepada anak anak dan juga sanak saudara. Dah siap isi jangan lupa letak sekali dengan beg pakaian atau dalam beg tangan yang wajib bawak hari-hari tu..InsyaAllah takkan lupa.

11. Kad touch n go,Smart Tag, tisu, Powerbank, Charger telefon, handsfree kit dan kelengkapan peribadi lain pastikan ada dan berisi.

12. Sebelum meninggalkan rumah , inform kepada Rakan Cop atau Ketua Komuniti dan memaklumkan juga kepada jiran-jiran terdekat mengenai kepulangan anda ke kampung halaman.


JOM BALIK RAYA DENGAN SENANG HATI!

Follow Us @shalimarmohdyusof