RINDUNYA RANCANGAN GAME SHOW ZAMAN DULU | Mungkin mengikut peredaran masa rancangan tv masa kini lebih banyak kepada hiburan semata-mata. Kalau lihat sekarang pelawak agak mendominasi industri seni tanah air. Pada Sha game show tempatan sekarang kebanyakkannya tidak memberi pengetahuan seperti rancangan pada zaman Sha sedang membesar dulu.
Mungkin korang juga merindui kartun-kartun dan game show yang lebih memberi ilmu pengetahuan dan boleh menerbitkan perkataan ooooo...yeekkee...baru tahuu...Antara game show yang Sha layan dulu adalah seperti Di Mana Joe Jambul yang banyak menguji pengetahuan am dan kemahiran geografi negara yang disertai oleh pelajar sekolah. Game show ini bukan sekadar hiburan, riuh rasanya bila saat menghafal kedudukan dan meletakkan tiang-tiang di peta yang disediakan.
Selain Di Mana Joe Jambul Sha juga meminati rancangan Roda Impian yang pernah diterajui oleh Halim Othman,Abby Abadi, Allahyarham Hani Mohsin, Eja, Kieran, Fauziah Gous. Rancangan yang menguji minda ini sangat menarik dan mendebarkan. Sebagai penonton di rumah sangat teruja berusaha bersama dengan peserta menyelesaikan perkataan disebalik kotak-kotak yang ada. Rancangan ini juga menyelitkan pengetahuan am seperti peribahasa, peristiwa dan pelbagai kategori lagi.
Ini hanyalah contoh rancangan yang melekat dihati Sha kerana rancangan tersebut amat sesuai ditonton bersama keluarga tersayang tak perlu disensor kata-kata. Suka sangat berlumba mencari jawapan dengan ayah dan mak, seronok kalau dapat jawab dulu daripada mereka. Iyalah dalam berhibur biarlah ada isi juga orang kata.
Mungkin Sha ni pemikiran cara lama sikit jadi kebanyakkan game show zaman ini Sha tak layan secara konsisten, tertonton pun belum tentu layan sampai habis berbeza game show seperti ini yang bahasanya juga sesuai untuk pelbagai peringkat umur, tidak melalut dan merosakkan bahasa jiwa bangsa kita. Zaman sekarang kalau nak layan dengan anak-anak pun perlu bimbingan.
Korang apa rancangan gameshow yang korang boleh layan sampai habis?
16 Comments
best kan
ReplyDeletetu lahh..
Deleteroda impian tu best...
ReplyDeletejemput join giveaway ye
http://www.kisahsidairy.com/2017/08/giveaway-merdeka-by-kisahsidairycom.html
kann...rindu progrm cm tuu
DeleteJoe Jambul legend!
ReplyDeletelegend sangatt
DeleteRoda impian tu menggamit memori betul.fav show time kekecik dulu.show sekarang biasa je kdang2 nak tengok tv pun malas dah
ReplyDeleteskrg lebih pada lawak hiburan jee
Deleteingat tak dulu ada rancangan Keluarga Singer tu? Yang tu pun best jugak. Memang excited tunggu rancangan tu keluar.
ReplyDeletehuhuuh..memori jee
Deletedua2 rancangan tu memang feveret Mai dulu2 hehe..bestt
ReplyDeletelayaannn je kann
DeleteIngat tak game show perdana ria? Yang bukak peti banyak2 tu... Kalau part nak bukak peti je kitorang akan terjerit2 marah kalau dia bukak peti yang sama tapi still terkunci... Haha... Macam la dia dengar...
ReplyDeleteingat2,,yang tu pun besssttt,,kite yg terlebih kalut kat depan tv...
DeleteMinat yang keluarga Singer tu.pastu minat pop kuiz..hehe
ReplyDeletehaaa..pop kuiz pon happening!!
DeleteTerima Kasih Daun Keladi