Hot Posts

6/recent/ticker-posts

MEE HAILAM PARIT

MEE HAILAM PARIT | Pada minggu lepas suami Sha teringin sangat nak makan Mee Hailam Parit ni padahal lokasinya tidaklah jauh sangat dari rumah Sha tapi tak tergerak nak pergi ke sana. Akibat daripada cerita kawan pejabatnya akhirnya suami Sha belanja makan kat sini...ahahha.. Ini kali pertama Sha tau Mee Hailam Parit ada kering dan basah...ingatkan macam kat kedai biasa makan..berkuah tuu...

Sha order Mee Hailam Basah manakala suami dan Abang Zaryth Mee Hailam Kering. Fuhhh....boleh tahan lama jugak menanti...pada pengamatan Sha kedai ini mengamalkan sistem buat sekali gus..siap masak yang kering..siapa yang order mee kering akan dapat semua..kemudian baru akan masak yang basah...suami dan zaryth dah siap makan baru Sha punya mee sampai..😪😪

TAPI rasanya memang sedap terutama yang Mee Hailam kering tuu...hari tu tak ambil gambar pun. memandangkan semalam Sha repeat...order makan yang kering Sha ambil la gambar sikit...

Nampak tuu? Mee kuning tu buat sendiri tau dengan bimbingan RISDA, InsyaAllah lain daripada yang lain dan sedap.




Kalau korang nak ke sana jangan lupa telefon dulu atau whatapps mereka untuk tempahan awal. InsyaAllah tak adalah menunggu lama sangat kan. Sha suka sebab diaorang guna daging cincang wehh...daging memang kegemaran Sha laa..huhuhu...Abang Zaryth pun dah jatuh cinta, tapi duk tanya laa kenapa kedai ni tak ada jual nasi...huhuhu...

3 jenis cili disediakan bagi yang gemar pedas... Cili potong / Cili jeruk / Cili kicap, sos , masam pun ada, cuka, kicap cair pun disediakan. Tapi bagi Sha cukuplah dengan cili jeruk yang merecik pedasnya..huhuhu.. 
Korang jangan nak pesan makanan lain pulak, kedai ini memang menyediakan Mee Hailam sahaja dan Mee nya dibuat sendiri.



Telefon atau Whatapps : 017-5289903
Follow Facebook : Mee Hailam D'Perak
Waktu buka : 3.00 petang - 11.00 malam
Dibuka : Setiap hari KECUALI ISNIN
Harga : Rm 6.00 / sepinggan

Setiap kali Sha pergi memang meja akan tinggal sebiji dua je akan kosong, kereta pun parking berderet tepi jalan..kedai ni memang tepi jalan senang nak jumpa. Kepada yang ke Parit, perak boleh lah cuba yeaa....

Post a Comment

12 Comments

  1. First time dengar mee hailam kering . Selalu ccl order mee hailam yang berkuah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun 1st time nii..tetiba dia tny nak basah ke nak kering?ooo..okehh..Sha pun cuba la dua2..

      Delete
  2. Wah, nampaknya kena singgah sini nanti.

    ReplyDelete
  3. owh... macam tu ke rupanya.
    Dok dekat juga... tapi tak pernah singgah lagi kat situ

    ReplyDelete
  4. mee hailam kt parit ni lain ye mcm mee hailam yg biasa kt sini...
    kalau kt sini pakai mee kuning je, n dia mmg jns basah... ni mmg nampak rare nih

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sha pun ingat macam di kedai biasa makan..tu yg lmbt pegi try..5 thun lebih duk sini baru g try..huhu..bru terjawab kenapa org duk sebut sangat mee hailam parit nii,,,mee kuning buat sendiri bimbingan RISDA

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi