Hot Posts

6/recent/ticker-posts

KEDAI NASI AIR PILIHAN DI BESUT TERENGGANU

KEDAI NASI AIR PILIHAN DI BESUT TERENGGANU | Assalamualaikum semua. Masih dalam mood segar suasana kampung. Hari ini Sha nak kongsi kedai makan yang menyediakan makanan kegemaran Sha iaitu Nasi Air yang jarang sekali boleh didapati di negeri lain selain negeri di Pantai Timur. Dahulunya juadah ini akan menjadi salah satu menu di waktu makan tengahari sepanjang waktu rehat dihari bekerja dan menjadi pilihan bila balik melepak di tepian pantai.

KEDAI KAK DAH NASI AIR

 Nasi Air Special sebab tambah telur tuu...huhu..baru RM 4..paling murah setakat ini.

 Kedai tepi jalan sahaja, antara cabang ke Pantai Air Tawar dengan JPJ Daerah Besut kawasan Pengkalan Nyireh.

 Memang menunya berasaskan SUP, nasi kosong juga disediakan.

Pilihanku kini & Selamanya, gabungan nasi air dan air jagung mesin...

Korang kalau nak tambah daging ke,perut ke cakap je dekat orang kedai tu InsyaAllah akan ditunaikan baru meriah lauk dalam tuu. Hidangan biasa pun dah banyak isi ayam diletaknya. Oh yeaa...kedai kak dah ni nasi air dia lauk utamanya isi ayam.

KEDAI NASI CIK TIK

Lama dah sebenarnya mencari kedai ini,kali ini baru jumpa. Sebelum ini kedai ini terletak dibelakang Ibu Pejabat Polis Daerah Besut, walaubagaimanapun ianya sudah dirobohkan. Hasil daripada perkongsian rakan-rakan di kampung akhirnya Sha dapat merasa walaupun kedai sudah berpindah ke kawasan tapak pasar malam Kampung Raja, dibelakang tandas awam kg.raja.

Nah, kedainya biasa-biasa sahaja tapi jangan pandang sebelah mata.

 Antara menu lain yang di sini.

 Sha bungkus je, makan kat kedai mungkin lagi best, panas-panas lagi. Sedap masam2 je...

KEDAI NASI AIR PAK AWIE


Kedai Nasi Air Pak Awie ni lauknya daging dan lampung sedikit rangup yang penting limau nipis dan cili jeruk kena ada.
Kedainya terletak di Pantai Air Tawar.

KEDAI NASI AIR NUSUK

Pernah 1 ketika Sha balik kampung dan pergi berjumpa dengan kawan-kawan sepejabat pada waktu rehat mereka. Rezeki Sha diaorang bawa Sha ke kedai Nasi Air Nusuk ini. Dulu tak ada nama, diaorang panggil kedai nasi air halimunan sebab memang kedainya ke dalam , jalan nya kecil sahaja.

Kedai nasi air di kawasan Pantai Air Tawar juga.

Kedai ini Sha dengan Zaryth je pernah merasa, Ayah dan Adik Fathia belum cuba lagi. 

Nasi Air ini mempunyai pengikutnya tersendiri, tidak semua orang meminatinya. Tapi orang kata tak kenal maka tak cinta...hihihii..

Terbaik ...

Sekian perkongsian Sha hari ini.

Post a Comment

10 Comments

  1. Replies
    1. bubur nasi dgn nasi air ni ada beza sikit kot..sup pun byk..

      Delete
  2. akak suke lyn nasi air, sedap lagi2 mkn time tak berapa sihat....

    ReplyDelete
  3. tak pernah cuba nasi air original ni..sedap makan panas-panas macam bubur kan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mknn kegemaran sha ni,,huhu,,sesuai buat org demam ni.,..kebas sungguh bila panas2

      Delete

Terima Kasih Daun Keladi