RESEPI MASAK LEMAK UDANG DENGAN KACANG BUNCIS - SHALIMAR YUSOF


Monday, May 21, 2018

RESEPI MASAK LEMAK UDANG DENGAN KACANG BUNCIS

RESEPI MASAK LEMAK UDANG DENGAN KACANG BUNCIS | Semalam suami minta Sha yang masak untuk juadah berbuka puasa sebab sudah penat seharian mengerjakan enjin kereta Sha yang selalu sahaja ada halnya. Mahu sahaja tukar kereta baru tapi tak ada bajet pulak jadi kita berangan jelaa kan , lagipun sejak Sha tukar ke Perak ni inilah peneman Sha pergi dan balik kerja tambah pula kalau jalan-jalan hari minggu memang dengan Bebird nilah ..sebab senang nak parking dengan saiznya yang kompak.

Nak masak apa pun kena bincang juga, kena tanya perut suami juga apa dia teringin nak makan. Selepas bincang kami pilih masak lemak udang berbanding sambal udang kerana Sha dah nak masak sambal bilis jadi takkan nak masak 2 jenis sambal kan. Anak-anak pun sebenarnya suka sangat makan kuah lemak kalau tak takkan Abang Zaryth makan nasi bertambah-tambah..huhu



BAHAN-BAHAN MASAK LEMAK UDANG

15 ekor udang sederhana besar
4 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
2 biji cili padi
1 inci kunyit hidup
Santan
Kacang buncis dipotong serong

CARA-CARA MASAK LEMAK UDANG

Pertama sekali tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi dan kunyit hidup.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk tadi, kemudian masukkan sedikit air diikuti dengan udang.
Masukkan santan dan masak kacau akhir sekali masukkan kacang buncis hingga semuanya masak.

Sedap sungguh makan nasi panas dengan Masak Lemak Udang bersama Sambal Bilis . Habis nasi siap hirup lagi kuah lemak. Kuah masak lemak pun cantik disebabkan menggunakan kunyit hidup.

3 comments:

  1. Sedap pulak nampak lauk nie.. air tangan ibu sememangnya awesome sbb tue anak2 dan suami bertambah2 makan..

    ReplyDelete
  2. boleh buat lauk iftar petang ni lah...

    ReplyDelete
  3. bulan puasa ni nampak apa pun sedap..

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi