Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Menikmati Juadah Berbuka Yang Sedap Dan Santai Di Casuarina Kuala Kangsar

Menikmati Juadah Berbuka Yang Sedap Dan Santai Di Casuarina Kuala Kangsar | Assalamualaikum dan salam sejahtera semua. Alhamdulillah hari ini merupakan hari ke tujuh kita berpuasa pada Ramadan 1443H.

Nampaknya sejak negara kita diumumkan ke fasa peralihan andemik covid-19, suasana Ramadan kembali disambut meriah oleh umat Islam. Kini tiada lagi halangan ke bazar Ramadan, berbuka di kedai dan restoran malahan bersahur pun boleh di luar. Alhamdulillah dengan nikmat yang Allah kembalikan.

Bulan Ramadan tahun ini juga anak-anak Sha pun sudah mula berpuasa penuh terutamanya Abang Zaryth. Manakala Adik Nur baru nak upgrade tahun ini. Rezeki tahun ini dapat Sha berbuka di bufet Ramadan bersama keluarga. Semalam hari ke enam berpuasa Sha dan keluarga berbuka jauh sedikit dari rumah dan keluar dari daerah kediaman iaitu di Casuarina Kuala Kangsar.

Sebenarnya tak adalah jauh sangat dari rumah, perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam sahaja. Memandangkan kami kadang-kadang food hunting ke Kuala Kangsar juga di hari minggu, jadi tidaklah terasa terlalu jauh.


Bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar Perak


Jika korang sedang mencari bufet Ramadan santai di Kuala Kangsar, Sha memang menyokong korang memilih Casuasarina Kuala Kangsar. Bukan apa, pada yang nak bawa ibu ayah dan keluarga berbuka kadang-kadang perlu pilih tempat yang sesuai dengan keadaan keluarga kita terutamanya bila membawa orang tua kita.

Untuk pengetahuan korang ini merupakan kali pertama Sha ke Casuarina Kuala Kangsar. Pada yang tidak tahu Kuala Kangsar merupakan Bandar Diraja yang penuh dengan senibina sejarah. Antara tarikan yang ada di Kuala Kangsar adalah seperti Masjid Ubudiah, Istana Kenangan, Galeri Sultan Azlan Shah, Istana Iskandariah dan bazar kraftangan. Semua ini terletak berhampiran dengan Casuarina Kuala Kangsar.


Apa Yang Menarik Di Bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar?


Pertama sekali mestilah kita tertarik dengan menu berbuka yang mereka sediakan. Pihak Casuarina Kuala Kangsar menawarkan hidangan bertemakan citarasa Melayu. Pilihan menu yang ada juga berbaloi dengan harga yang ditawarkan, nanti Sha kongsikan hidangan yang ada dengan korang.

Seperti yang Sha perkatakan awal tadi, tempat ini memang sesuai untuk membawa keluarga yang mahukan suasana santai. Tempatnya mungkin tidak terlalu besar, tetapi ia memberi keselesaan kita sekeluarga untuk menikmati hidangan berbuka. Dari tempat parkir kereta hinggalah ke ruangan makan memang dalam suasana yang tenang.

Pengalaman yang paling Sha suka adalah isyarat waktu berbuka yang lain yang daripada yang lain. Selain azan maghrib, di sini korang boleh dengar ketukan geduk dan bunyi siren yang dibunyikan dari Balai Polis Daerah Kuala Kangsar. Sha memang tak tahu, nasib baik suami cakap itu bunyi siren yang akan berbunyi bila masuk waktu berbuka

Layanan pihak Casuarina Kuala Kangsar juga mesra. Adik-adik manis berpakaian baju kurung kedah, yang lelaki berbaju Melayu sentiasa sedia membantu. Selain itu menjadi kebiasaan pihak Casuarina akan menghiburkan tetamu mereka dengan hiburan daripada kumpulan busking.


Pilihan Juadah Yang Sedap Di Bufet Ramadan Kuala Kangsar

Tidak cukup jika Sha hanya mengatakan juadahnya sedap-sedap tapi tak tunjuk pada korang kan? Jadi jom Sha tunjuk apa menu citarasa Melayu yang ada di sini.

Lauk-pauk yang korang boleh pekena dengan nasi putih panas-panas.

Ayam Goreng Berempah

Daging Rendang Matahari

Udang Masak Lemak

Ikan Masak Tauchu Ipoh

Telur Kari Penang

Terung Goreng Berlado

Kambing Masak Lada Hitam

Kangkung Goreng Belacan

Daging Bakar

Ikan Bakar

Kepak Ayam Bakar

Gulai Kawah ( Siap ada roti benggali untuk cicah )

Kambing Panggang semestinya


Nasi Pilah Butter

Ini kali pertama Sha merasa Nasi Pilah Butter dan dihidangkan dengan sayur campur butter dan Ayam Masak Limau Purut.

Menu Lain Di Bufet Ramadan Casuarina @KualaKangsar



Jangan dilupakan menu popular di Casuarina iaitu cucur. Lain-lain hidangan yang ada adalah seperti yang korang nampak di atas

Satey ayam & daging

Mee Rebus

Roti John

Kuew Teow Goreng

Ais Krim

Keropok Udang, Keropok Bawang & Keropok Ikan

Pelbagai jeruk buah-buahan

Pelbagai kuih tradisional dan moden

Kejap, ada lagi menu lain..


Memandangkan Sha selalu makan nasi bila berbuka, jadi kali ini Sha memilih untuk berbuka dengan soto. Korang kena cuba soto ayam ini bersama-sama sambal kicap yang disediakan, memang terbaiklah. Lama rasanya tak makan soto, bagi pedas sikit memang meletup.


Tadi lupa nak cerita, selain ada sayur kangkung masak belacan dan terung masak berlado di sini kita dapat lihat beberapa jenis ulam dan kerabu pun ada. Tidak sah kalau ada ulam mestilah ada sambal dan tidak ketinggalan budu pun ada.



Bagi yang biasa berbuka kena ada buah korang jangan risau. Pihak Casuarina @KualaKangsar ada menyediakan hidangan beberapa jenis buah-buahan segar. Kita ada tembikai, buah naga, betik dan buah oren.


Akhir sekali kita tunjuk air yang adalah sebabnya lepas makan kita akan repeat minum kan? Tapi Sha pilih minum air panas, yang sejuk-sejuk anak hulur minum sikit sorang. Semestinya Sha ambil kopi tarik, sebab situ ada 2 minuman panas iaitu kopi tarik dan teh tarik. Kalau bawa ayah kita pergi sini boleh hidang teh tarik mesti diaorang seronok.


Harga Pakej Bufet Ramadan di Casuarina Kuala Kangsar

Kalau korang nak tahu bufet Ramadan Casuarina Kuala Kangsar adalah antara bufet Ramadan yang murah dan berbaloi untuk korang kunjungi. Jom tempah sekarang dan nikmati saat berbuka puasa yang indah bersama yang tersayang.




Selepas berbuka korang jangan lupa pusing-pusing Bandar Diraja Kuala Kangsar yang cantik dan meriah dengan lampu-lampu menghiasi kawasan istana. Cantik lagi boleh singgah solat di Masjid Ubudiah yang tersergam indah tidak jauh dari Casuarina @KualaKangsar

Nak ke sini korang boleh goole maps sahaja dan boleh hubungi mereka untuk pertanya lebih lanjut dan buat tempahan segera. Korang boleh contact nombor di bawah.

Ms Hani - 0164433464
Ms Intan - 0124174182

Post a Comment

3 Comments

  1. Daripada pergi casuarina K.Kangsar. Baik puan pergi iftar kat Jim Lubok. Kat sini harga berpatutan. tak rugi singgah.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yeke.. terima kasih atas cadangan.. nanti kita cuba..

      Delete
  2. Nampak sedapnya semua makanan, air tu apatah lagi..yummy

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi