Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cara Beli Barang Di Shopee Untuk Pelanggan Kali Pertama

Cara Beli Barang Di Shopee | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Baru-baru ini Sha mendapat tempahan untuk skin kad bank di aplikasi whatapps, yang mana link ke whatapps itu didapati daripada blog ini. Selepas mendapat mesej di whatapps, Sha pun membalas whatapps pelanggan terbabit dengan memberitahu dia, pembelian lebih mudah dan jimat di Shopee dan Sha pun berilah link kedai shopee suami dan nombor telefon suami untuk dia buat urusan tempahan. Selepas itu, dia pun whatapps suami terus, tanpa buat tempahan di shopee. Rupa-rupanya dia tak pandai beli barang melalui Shopee. Bertuah laa adik kalau tak ada aplikasi Shopee dalam telefon bimbit tu, jimat duit dik. Macam akak ni, sejak Bekerja Dari Rumah (BDR) kalau tak kawal diri, sedar-sedar duit dah habis.


cara beli barang di shopee


Macam Mana Cara Nak Beli Barang Di Shopee ?

Pertama sekali tentulah kita kena ada akaun shopee, kalau tak nak muat turun di telefon bimbit pun korang boleh melalui website shopee sahaja. Page pertama yang korang akan nampak adalah seperti gambar di bawah. Pada yang kali pertama buka dan tak pernah ada akaun shopee korang boleh klik pada daftar yang terletak di bahagian atas sebelah kanan korang. Maklumat pertama yang korang perlu isi adalah nombor telefon.


Cara Nak Beli Barang Di Shopee

Bila sudah siap daftar, korang dah boleh mula belajar cara belanja di shopee.  Macam mana nak cari barang di Shopee? Jom Sha ajar cara nak cari barang dan beli barang di shopee.


Korang nampak tak bahagian yang Sha tanda dengan kotak hitam? Di dalam kotak itu korang boleh taip nama, jenis atau nama kedai shopee yang korang tahu. Nak contoh tak? Jap ya, Sha bagi contoh untuk beli skin kad bank untuk kad bank Sha yang dah tak berapa menarik pada mata Sha, dan Sha pun taiplah " custom bank card sticker". Jadi akan keluarlah seperti gambar di bawah.


Bila korang klik pada simbol carian, akan keluarlah pilihan macam ni. Cara nak beli barang di shopee ini sebenarnya mudah sahaja. Bila keluar banyak-banyak pilihan, maka bercampurlah bukan sahaja produk dari Malaysia, tetapi ada dari negara luar juga iaitu China.

Korang boleh nampak tak sebelah kiri korang, korang boleh buat saringan carian. Korang boleh setting atau kecilkan carian untuk memudahkan korang membeli di shopee. Kalau korang tak nak beli produk jauh atau nak beli produk dalam negeri sendiri, korang boleh klik pada yang berkaitan di sebelah kiri. Bukan itu sahaja, korang boleh setting anggaran harga yang korang nak cari. Contohnya Sha berada di Perak, jadi kalau boleh nak barang dari Perak kalau ada. Memandangkan produk yang Sha nak di shopee tadi ada di Perak, Sha pun pilih seller yang berada di Perak.


Bila kita klik pada seller yang kita pilih, akan keluarlah details produk yang korang nak beli tadi. Tapi biasanya kalau nak beli produk macam ini seller akan hubungi kita untuk urusan yang berkaitan dengan produk sebab namapun custom, berbeza dengan produk ready made korang boleh terus masuk bakul, order dan bayar.

Sekarang bila korang dah confirmkan barang yang korang nak beli di shopee, korang boleh klik di beli sekarang.


Selepas klik pada Beli Sekarang, korang akan di bawa ke page Troli Membeli Belah seperti gambar di atas. Pastikan korang klik pada barang yang korang betul-betul nak bayar pada shopee pada masa itu. Selepas yakin semua dah betul, barulah korang boleh klik pada semak keluar untuk membuat bayaran pada shopee.

Boleh ke nak bayar sekali gus barang-barang yang ada dalam troli atau cart beli belah shopee? Jawapannya boleh sahaja. Cara nak bayar di shopee pun sama sahaja, cuma kena klik pada barang-barang yang korang nak bayar, walaupun kedai lain-lain boleh sahaja, sistem shopee akan buat kiraan.


Selepas klik pada Semak Keluar, korang akan nampak page seperti di atas. Bahagian ini korang boleh periksa alamat yang korang nak gunakan. Macam Sha, dah bermacam-macam nama dan alamat ada dalam sistem memandangkan ramai juga kawan Sha minta tolong Sha order barang di shopee. Jadi bukan sekadar nama dan alamat Sha yang ada dalam sistem..huhuhu. Alamat pula kadang-kadang guna alamat rumah atau alamat pejabat, mana satu yang mudah. Sekarang ini BDR, jadi memang guna alamat rumah la kan.

Seperti yang korang boleh nampak, disini korang dah boleh tahu berapa jumlah yang korang perlu bayar pada shopee.

Cara Bayar Online Banking Di Shopee

Kaedah pembayaran di shopee yang biasa Sha guna adalah melalui ShopeePay dan Online Banking. Jika korang pilih online banking, caranya amat mudah iaitu dengan klik pada Online Banking dan akan keluar seperti gambar di bawah. Di sini korang pilihlah salah satu online banking yang korang biasa guna.

online banking

Selepas pilih online banking mana satu pilihan korang, akhir sekali bolehlah klik pada Membuat Pesanan. Proses-proses seterusnya macam biasa, proses bayar sahajalah. Bila dah bayar, tunggu sahaja barang korang sampai.

Status Barang Di Shopee

Selesai membeli korang boleh periksa balik status pembelian korang sama ada dah diproses ataupun tidak. Shopee akan update bila barang dah dipos atau tidak. No tracking pun ada jika barang korang sudah dipos. Apa-apa hal, korang boleh chat dengan seller... boleh cari Chat Seller.

Post a Comment

2 Comments

  1. Teringat dulu masa mula2 nk shopping barang dalam shopee minta tolong kawan yg oder kan . Sekarang dh pandai . Order sendiri je

    ReplyDelete
  2. Senang rupanya nak shopping di shopee. Selalu minta en asben je yang belikan guna acc shopee dia. Jimat duit den hehehe :)

    ReplyDelete

Terima Kasih Daun Keladi