Kain Batik Murah Tapi Berkualiti Dan Cantik | Assalamualaikum dan Salam Sejahtera semua. Pengalaman Sha dari kecil melihat Mak sendiri akan menghadiahkan kain batik kepada tetamu yang hadir majlis kecil di rumah. Untuk tetamu wanita dihadiahkan kain batik sarung manakala kain pelikat untuk tetamu lelaki. Pada Sha kain batik ini agak bersesuaian untuk dijadikan buah tangan untuk tetamu kenduri. Hal ini kerana kain batik bukan hanya boleh dijadikan kain batik sarung sahaja tetapi boleh dijadikan pelbagai jenis pakaian. Tambah pula kini terdapat kain batik murah yang mampu dibeli dengan kualiti yang baik dan bercorak cantik.
Kain Batik Murah Dan Cantik
Kain batik murah dan cantik kini boleh didapati dengan harga yang sangat murah. Dengan corak batik moden dan berkualiti. Walau Sha seorang yang jarang sekali mengenakan kain batik dirumah. Paling tepat Sha hanya menggunakan kain batik sarung ketika dalam pantang bersalin. Kain batik yang ada semuanya pemberian Mak Sha sendiri. Kalau nak harapkan Sha beli memang tak adalah nak ingat.
Mungkin masa itu fikiran sempit sangat, jadi selepas itu tak ada maknalah Sha nak beli kain batik untuk kegunaan sendiri. Tapi kini tidak lagi selepas mengenali kain batik daripada Raifili. Tambah pula tahun lepas iaitu tahun 2020 ada rakan sepejabat menghadiah 6 helai baju blaus dan Sha tak tahu nak menggayakan blaus dengan apa. Jadi Sha mengambil keputusan untuk membeli sahaja kain batik untuk dipadankan dengan baju yang ada.
Pada Sha dengan membeli kain batik dengan harga hanya lingkungan Rm 10.00 dan Rm 12.00 sehelai adalah sangat mampu beli. Harga kain batik yang murah tetapi cantik untuk digayakan.
Kain Batik Raifili
Kain batik murah daripada Raifili ini terdapat dalam 2 kategori iaitu Kain Bati Jawa dan Kain Batik Lembut.
Kelebihan Kain Batik Raifili
- Kain sejuk tak licin
- Bidang 45 anggaran 2 meter
- Kain Siap Jahit
- Basuh Tak Turun Warna
- Kain jenis Cotton Linen Gred AAA serap air sedap dipakai.
- Boleh buat baju : Baju Kurung, Baju Kemeja, Blaus
DEMO KAIN BATIK RENDAM AIR DAN CLOROX
8 Comments
eh..cantik-cantiklah batik dia...teringin plak nak buat baju..nanti boleh usha
ReplyDeletecantik betul design dia ni smua
ReplyDeletecantik jugak design dia. kain batik kalau buat baju dan seluar memang selesa sangat
ReplyDeletekita suka jadikan seluar..hihi..
ReplyDeleteassalam awk..slmt bknalan..yaya da jg follower awk..hehe
ReplyDeletecantik2 btik skrg tgok..tu yg sis tnjuk tu pon cntik
design cantik2, kain tak licin dan selesa di pakai, kak ana dah repeat dengan Sha untuk kali kedua ni pos terus ke kampung untuk mak kak ana kan sha :)
ReplyDeletekain batik viral tu mmg murah. rm15 je..tp bila nak jahit kemeja tu kosnya rm60. tu yg abe kie jahit sekali je. baik beli yg dah siap.
ReplyDeletekain batik ni is evergreen, Sha.
ReplyDeletemanis aje bila kita pakai.
kat Melaka ni, baba nyonya & chetty maintain pakai tau.
nice :) bukan org melayu aje.
emak aida, akan terus jahit jadik mcm kain.
mudah nak pakai.
Terima Kasih Daun Keladi